2017 : The Road Not Taken

Salam tahun baru kawan-kawan pembaca blog Diary of Muhammad.

Maafkan saya kerana lama menyepi.

Agak sibuk awal tahun ini dengan projek Creams Vitamin.

Lagi satu sibuk kerana bergelut dengan perasaan dalaman.

Ianya berkaitan dengan pendidikan anak-anak kami.

Agak tertekan apabila fikirkan expectation kedua-dua belah keluarga kerana keluarga saya jenis yang academically excellent alhamdulillah, dan suami pula best student dan segalanya best lah di zaman pelajar beliau.

Jadi, anak-anak kami?

Saya copy paste update saya di Instagram ya.

Alhamdulillah perasaan yang membuat saya serabut itu telah pun hilang setelah saya dan suami learn to focus what we think is best, bukan what other people think best.

Sebabnya after all yang akan menjalani hidup kami dan anak-anak adalah, kami juga ?

Catatan 3 Januari :

Tahun ini sepatutnya Muhammad masuk darjah 1.

Tapi memang sebelum-sebelum ini lagi kami agak keberatan nak masukkan Muhammad ke sekolah biasa.

Bila dah sampai masa, Ya Allah, berkecamuk dalam hati ini, Tuhan saja yang tahu.

Kami tekad tak nak masukkan anak ke sekolah. Tapi saya lah yang agak peer pressure.

Nanti balik kampung, kalau mertua tanya masuk sekolah mana, nak jawab apa.

Kalau sepupu baya Muhammad cakap pasal homework, macam mana pula.
Itu belum lagi soalan standard : Muhammad dah pandai baca ke belum?

Sebab sepupu sebaya Muhammad dah pandai baca siap mengeja.

Saya tak kisah lah Muhammad pandai membaca ke belum. It’s just not the time yet.

Why rush?

Baru ini Kinderkaizen cawangan baru buat open day. Asalnya malas betul saya nak pergi.

Tapi suami dah siapkan semua anak-anak, saya pun ikut lah.

Rasa macam jumpa like-minded bila dengar Kak Afzan (Dr Putri Afzan Maria) kupas tentang perkembangan anak-anak.

Iaitu dari usia 0-8 tahun, yang penting adalah perkembangan EQ anak-anak bukan IQ.

Long story cut short, saya agak bangga dengan development Muhammad walaupun selama ini kami hanya provide ruang dan peluang berjalan ke luar negara.

Dia gunakan semua yang kami provide untuk jadi seorang yang sangat matang – pandai jaga adik dan negotiate bila Maryam dan Hannah bergaduh.

Walaupun Muhammad tak ke tadika, tapi social skill Muhammad memang superb.

Kalau balik Miri tu, dia jadi rebutan antara 2 kumpulan sepupu ? Sebab geng A tak berapa ngam dengan geng B.

Jadi hala tuju anak-anak kami, setakat ini begini :

Mereka akan equipped dengan necessary skills seperti membaca, mengira dan mengaji.

Seterusnya akan di dedahkan dengan dunia business.

Kami akan encourage mereka untuk able to make self income.

Dan lepas itu kalau nak masuk universiti belajar engineering ke, medic ke, law ke, agama ke ; tampung sendiri belanja dengan cara cari income via business yang kami guide.

Kami mahu anak-anak kami independent.

In case anything happen sebelum mereka capai usia dewasa, sebolehnya saya tak mahu anak-anak susahkan orang lain walaupun nenek dan datuk mereka.

Apa objektif perkongsian ini?

Saya tak pasti jika ada pembaca yang sama macam kami yang nak cuba ambil jalan yang berbeza untuk pendidikan anak-anak iaitu tidak hantar ke sekolah seperti biasa; tetapi fikir macam-macam seperti apa orang kata.

Saya harap entry saya ini beri motivasi pada anda. Yang penting anda dan pasangan perlu sebulat hati. Ini keluarga kita bersama.

Do what you think is best for your family. Semua mak bapak pun mahu yang terbaik untuk anak-anak kan 🙂

So you & your spouse are the only person who knows your family’s best interest, of course dengan bertawakkal kepada Allah sebelum ambil keputusan, semasa ambil keputusan dan selepas ambil keputusan.

Happy 2017!

No Responses

Leave a Reply