Untuk Europe Travel baru-baru ini, saya agak teruja sebab salah satu pengalaman pertama kali seumur hidup adalah mengalami waktu Subuh jam 3:30 pagi dan waktu Maghrib jam 9 malam.

Ya, anda baca dengan betul – Maghrib jam 9 malam. Mahu lihat gambar 8 malam masih cerah?

Lihat di bawah.

Waktu gambar di ambil adalah tepat 8 pm di Netherland dari rumah Airbnb kami.

3 perkara best apabila siang panjang adalah :

(1) Boleh sakan berjalan

Walaupun kebanyakan tempat tutup jam 6-7 pm, tetapi sebab siang panjang, kami boleh sambung explore nature life di sekeliling kami.

Mak apak memang biasa balik rumah waktu malam sebab sibuk hiking merentas sungai dan lembah-lembah yang cantik-cantik.

Kami juga pernah menemani anak-anak bermain di playground sehingga jam hampir menunjukkan 8 pm. Tapi langit memang masih cerah.

Dah nak dekat pukul 8 pun langit masih cerah

(2) Tak terkejar waktu solat

Waktu solat Zohor adalah dalam jam lebih kurang 1.30 tengahari. Waktu solat asar sangat panjang dari jam 4 lebih sehingga lah jam 8 pm atu 9 pm

Kalau kami keluar berjalan, kadangkala dah balik rumah pun waktu solat belum masuk lagi. Boleh lah solat dengan selesa dalam rumah.

(3) Boleh rehat sebentar, dan sambung berjalan

Ini mak apak saya selalu buat. Biasanya kami akan keluar pagi bersama-sama. Tengahari dah balik selepas makan lunch. Anak-anak pun nak rehat. Mereka letih.

Tidur lah sekejap dalam setengah jam atau sejam, lepas tu mak apak keluar semula.

Mak apak discover sungai yang cantik tepi train station yang agak jauh. Seronok berjalan sebab pemandangan cantik, jadi tak terasa jauh.
Hasil hiking di Lauterbrunnen, Switzerland di lewat petang

Kemudian balik rumah semula nak segarkan badan. Lepas tu keluar semula. Kadang biasanya balik memang malam.

Memang seronok.

Kalau ada peluang, melancong lah pada musim spring iaitu hujung Mac sehingga Mei, sebelum Ramadhan. Siang yang panjang memang puas sangat dapat berjalan-jalan; lebih-lebih lagi kita yang berkeluarga dan anak-anak kecil sikit-sikit nak rehat.

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda yang sedang merancang untuk ke Europe. Jemput ikuti juga saya di Facebook dengan hashtag #deejatravelstories

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *