4 Sebab Ibu Menyusu Sangat Perlukan Supplement Semasa Penyusuan Bayi

Susu ibu itu sendiri adalah kaya dengan zat, vitamin dan pelbagai khasiat. 

Malah secara semulajadi, susu ibu mengandungi antibodi yang melindungi bayi dari pelbagai penyakit. 

Justeru itu, kenapa ibu masih memerlukan supplement dan vitamin dalam tempoh menyusukan bayi? 

Tidak cukupkah khasiat di dalam susu ibu yang dihasilkan? 

Sebab saya perlukan supplement penyusuan #1: 

Letih

Aktiviti dan rutin penyusuan adalah sangat meletihkan. 

Ada pendapat mengatakan menyusukan bayi boleh membakar sekurang-kurangnya 500 kalori. 

Sebab itu majoriti ibu yang menyusukan bayi mempunyai bentuk tubuh yang sedang dan tidak membesar kerana kalori sedang dibakar semasa aktiviti penyusuan itu sendiri. 
Oleh kerana itu, aktiviti penyusuan boleh menjadi salah satu aktiviti yang sangat meletihkan badan. 

Apabila badan saya letih kerana aktiviti penyusuan, terdapat banyak ketika yang saya rasa seperti mahu berhenti menyusukan bayi dan gantikan susu ibu dengan susu formula. 

Saya tidak tahan untuk berasa letih sepanjang hari dan langsung tidam produktif untuk membuat urusan lain. 

Justeru itu, saya sangat memerlukan bantuan supplement untuk membantu badan saya kembali segar walaupun aktif menyusukan bayi selang setengah jam hingga sejam.

Saya amalkan ESP Shaklee untuk bantu atasi masalah letih semasa penyusuan anak pertama dan semasa mengandung anak kedua sambil menyusukan anak pertama. 


Sebab saya perlukan supplement penyusuan #2: 

Keputihan Yang Banyak
Keputihan yang banyak selalunya berlaku apabila kita aktif bergerak dan beraktiviti. 

Oleh kerana menyusukan bayi dikira sebagai salah satu aktiviti yang membakar kalori, jadi apabila kita menyusukan bayi, kita umpama sedang beraktiviti dengan sangat aktif. 

Ini merupakan salah satu punca keputihan yang banyak keluar. 

Keputihan ini, kalau sedikit, masih boleh tahan. 
Tetapi jika ia menyebabkan setiap kali keluar, ibu terpaksa masuk bilik air untuk tukar, bagi saya, ia sudah di tahap kritikal. 

Kebersihan dalaman perlu dijaga untuk mengelakkan jangkitan kuman yang lebih bahaya berlaku. 

Jadi, untuk masalah ini juga, saya sangat memerlukan supplement. 

Saya tidak boleh memilih untuk kurangkan aktiviti penyusuan hanya kerana mahu mengurangkan keputihan yang banyak. 

Ia tidak adil kepada bayi saya. 

Oleh sebab itu, saya perlukan alternatif dan solusi yang membenarkan saya untuk meneruskan penyusuan tetapi pada masa yang sama, keputihan berkurang. 

Alhamdulillah selepas mengamalkan Alfalfa Shaklee, keputihan kelihatan sangat berkurang. Malah hampir kepada tiada keputihan. 


Sebab saya perlukan supplement penyusuan #3: 

Sakit Pinggang 
Apabila ibu menyusukan bayi, khasiat di dalam makanan ibu akan disalurkan kepada bayi terlebih dahulu. 

Badan kita pandai untuk pastikan yang bayi dapat cukup apa yang bayi perlukan. 

Selepas itu, apa-apa khasiat atau zat dari makanan yang tinggal (left) selepas dari di ambil oleh bayi, itulah yang akan digunapakai oleh badan ibu untuk berfungsi. 

Masalahnya seringkali ibu, saya salah seorang nya, makan tidak mengikut piramid makanan dan cenderung kepada kurang zat. 

Salah satu zat yang paling mudab untuk tidak mencukupi adalah – KALSIUM. 

Apabila ibu mula tidak cukup kalsium, maka bahagian yang memerlukan kalsium akan mudah rosak atau sakit. 

Contoh diri saya, saya jadi sakit pinggang. 

Sakit sangat pinggang sehingga baring pun rasa sakit. 

Jadi, selain dari rajin minum susu, saya juga sangat memerlukan bantuan supplement untuk tambah keperluan kalsium di dalam tubuh saya. 
Alhamdulillah, supplement Ostematrix berkesan untuk bantu atasi masalah sakit pinggang saya. 

Saya amalkan Ostematrix Shaklee, iaitu tablet gabungan Kalsium dan Magnesium. Magnesium penting untuk bantu badan saya serap kalsium dalam kadar optimum. 

Sebab saya perlukan supplement penyusuan #4: Susu saya cair
Apabila menyusukan anak, salah satu cabaran utama adalah makan dengan makanan yang lengkap zat. 

Makanan berzat lengkap ini seperti sepinggan nasi yang mengandungi sayur dan lauk seperti ayam, ikan atau daging. 

Tambah pula dengan buah-buahan. 

Biasanya saya sendiri terkejar-kejar untuk makan apabila mula menyusukan anak. 

Kita biasanya makan mana yang sempat, dan selalunya makan ala kadar, sekadar mengisi perut. 

Betul kan para ibu? Terutamanya ibu yang duduk rumah seperti saya. 

Hasilnya, susu yang badan saya hasilkan cenderung untuk cair dan tidak pekat walaupun hampir habis susu diperah. 

Macam mana mahu pekat, zat yang saya makan adalah sangat tidak cukup. 

Bayi saya kerapkali meragam. 

Untuk atasi masalah ini, saya ambil keputusan untuk mengambil supplement untuk bantu susu saya menjadi lebih pekat. 

Alhamdulillah selepas amalkan ESP Shaklee, susu saya lebih pekat, dan bayi tidur lebih lama kerana kekenyangan. 

Sebelum mencuba supplement, saya sendiri skeptikal terhadap penggunaan supplement itu sendiri. 

Bagi saya supplement tidak penting. Amalkan sahaja ilmu penyusuan, insya-Allah susu pasti banyak. 

Namun saya terlepas pandang, susu yang banyak sahaja tidak mencukupi. 

Apa gunanya ibu mempunyai susu yang banyak tetapi sentiasa bersikap marah-marah hanya kerana sering letih dek aktiviti penyusuan. 

Apa gunanya ibu mempunyai susu yang banyak, tetapi sering rimas dengan masalah terlampau banyak keputihan. 

Apa gunanya ibu mempunyai susu yang banyak tetapi sering sakit-sakit badan dan kemudian kerap mengeluh kerana sering sakit. 

Apa gunanya ibu mempunyai susu yang banyak, tetapi anak kelihatan seperti tidak puas dan tidak kenyang menyusu walhal anak telah pun menyusu tanpa henti selama satu jam. 

Alhamdulillah Allah temukan masalah-masalah saya di atas dengan penyelesaian supplement, dan ia membuatkan saya teruja untuk berkongsi dengan ibu-ibu lain. 

Saya sangat berharap agar ibu-ibu yang mempunyai masalah yang sama seperti saya dapat manfaat dari perkongsian ini.

Berilah peluang kepada diri anda untuk mencuba supplement Shaklee untuk membantu penyusuan anda. 

Anda pasti berpuas hati, dengan izin Allah 🙂 

Nak dapatkan mana-mana supplement di atas? Klik link Set Ibu Menyusu ini. 

Pilih vitamin yang anda mahu cuba, dan ikut arahan selanjutnya di dalam laman link tersebut. 

Cara makan vitamin yang tepat akan di emailkan kepada email anda selepas belian. 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457 

One Response

  1. Ros 16 August 2016

Leave a Reply