4 Tips Untuk Pekatkan Susu Ibu Supaya Baby Tidak Meragam

Susu ibu ini bukan seperti susu di kedai yang sentiasa mempunyai kepekatan yang sama setiap masa. 

Adakala bila kita perah, susu kita nampak macam cair. 

Adakala, nampak pekat. 

Sebagai ibu yang menyusukan anak, saya juga perasan yang apabila susu kelihatan sedikit cair, bayi saya kelihatan kurang kenyang, sentiasa minta susu dan tidak puas. 

Ia berbeza dengan apabila susu kelihatan lebih pekat. Apabila susu kelihatan lebih pekat, bayi kelihatan lebih kenyang lebih lama dan tidur bayi tidak terganggu. 
Namun begitu, ia bukan petanda yang susu ibu yang cair adalah tidak elok. 

Susu ibu tetap susu yang terbaik kerana kaya dengan zat dan khasiat. 

Kebiasaannya susu cair bersebab:

1) Suhu persekitaran panas

Ciptaan susu badan ini sangat cantik dan indah. 

Badan kita dapat ketahui bila persekitaran panas dan bila persekitaran sejuk. 

Apabila persekitaran ibu adalah panas, badan dapat isyarat yang pastinya bayi turut sedang mengalami cuaca panas. 

Maka badan ibu akan menghasilkan susu yang mengandungi lebih banyak air untuk menyejukkan badan bayi dan menghilangkan dahaga bayi. 

Kita sebagai orang dewasa pun, jika cuaca sangat panas dan terik, sebelum makan nasi dan lauk, pasti kita akan minum air kosong sejuk terlebih dahulu untuk basahkan tekak dan hilangkan rasa panas, betul? 

Selepas minum air kosong sejuk, baru kita sendiri akan mula ambil makanan lain. 

Begitu juga lebih kurang susu cair dan susu pekat dalam susu ibu. 

Susu cair adalah untuk menghilangkan dahaga bayi di dalam suhu panas. 

Susu ini juga kaya dengan pelbagai vitamin. 

Selepas hilang dahaga bayi, baru susu yang lebih pekat terhasil. 

2) Payudara yang di perah tidak betul-betul kosong

Susu cair atau dikenali sebagai ‘Foremilk’ adalah susu yang keluar semasa susu mula diperah.

Selepas selesai susu ‘Foremilk’ yang cair diperah, baru lah susu yang lebih pekat atau lebih dikenali sebagai ‘Hindmilk’ akan keluar. 

‘Hindmilk’ kaya dengan lemak dan protien. Oleh kerana ianya kaya dengan lemak dan protein, ‘hindmilk’ lebih cenderung membantu bayi kenyang lebih lama. 

Oleh sebab itu, jika ibu memerah susu, atau menyusukan si comel, pastikan susukan bayi sehingga payudara betul-betul kosong. 

Namun begitu, banyak keadaan yang susu kita tetap tampak cair walaupun kita telah perah susu sehingga payudara kosong. 

Anda mungkin mahu ketahui 4 tips pekatkan susu yang cair yang mungkin anda tidak pernah tahu selama ini. 

4 Tips untuk menjadikan susu lebih pekat

1) Pastikan makanan seharian ibu adalah berkhasiat – lengkap dengan sayur, nasi dan lauk. 

2) Susu yang pekat adalah susu yang penuh dengan lemak dan protein. 

Jadi, ibu perlu banyakkan pemakanan protein seperti ayam dan daging. 

Sekurang-kurangnya satu pemakanan (meal)  mengandungi satu tapak tangan ayam atau ikan atau daging. 

3) Pastikan ibu menyusukan bayi sehingga payudara betul-betul kosong. 

Ini kerana pada kebiasaannya, bahagian susu yang pekat hanya akan keluar di akhir sesi penyusuan. 

Jika sampai kosong payudara pun, susu ibu masih tampak cair, saya cadangkan cuba cara ke empat di bawah. 

4) Ibu boleh amalkan supplement ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee yang membantu membekalkan ibu dengan sumber protein. 

Alhamdulillah ESP telah membantu ramai ibu yang mempunyai masalah susu cair. 

Dengan mengamalkan ESP, ia membantu susu ibu bertambah pekat dan sekaligus membantu bayi kenyang lebih lama. 

Ibu pun kenyang lebih lama dan lebih cergas bertenaga. 

Jika anda berminat untuk mencuba ESP Shaklee untuk ikhtiar menjadikan susu lebih pekat, anda boleh order ESP Shaklee melalui link order ESP Shaklee


Semoga entry ini bermanfaat untuk anda 🙂 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

Leave a Reply