Breastfeeding Tips

5 Butik Online Untuk Baju Raya Ibu Menyusu

Salam 17 Ramadan ! 😍

13 hari je lagi nak sambut raya. Siapa yang masih tak jumpa lagi baju raya yang berkenan di hati? Apa? susah nak cari baju raya yang bf friendly,selesa dan cantik?

Okay, di sini saya nak cadangkan 5 butik online yang mungkin menepati cita rasa anda sebagai ibu menyusu.

 

Butik online #1: Butik Mumdreams

Butik http://mumdreams.com.my/ ni masya-Allah pilihan nursing wear tersangatlah banyak. Dari jubah ke blouse, yang plain atau bercorak. Tinggal nak pilih je yang kena dengan cita rasa. Confirm rambang mata. Hehe.

Bukan setakat tu je, semua keperluan ibu berpantang, baju untuk bayi sampailah baju kanak-kanak pun ada. Boleh ler shopping untuk anak-anak sekali ye dok? Memang butik impian ibu-ibu menyusu lah.

Haa, sekarang diorang ada buat special offer. Cepat-cepatlah terjah. 😁

Butik online #2: Butik Tateh

Butik http://www.tateh.com.my/ni pun sama rambang mata ai tau bila usha website diorang. Ada SHAFURAA nursing dress lah, Jubah Nursing TATEH dan banyak lagi tau. Pergi la usha sendiri.

Yang specialnya dekat website ni ada satu function untuk filter kita punya bajet. Lepas tu, kita akan diberi pilihan-pilihan baju berdasarkan bajet kita. Takdelah akan tertengok baju berkenan di mata, tapi duit dalam akaun bank tak berkenan ler pulak. 😭

Butik online #3: Butik Modest Culture Prof Dr. Muhaya

Mesti satu Malaysia kenal Prof Dr. Muhaya. Tapi bukan nak cerita pasal beliau, tetapi butik beliau http://modestculture.com/ atau page fb https://www.facebook.com/ModestCulture?fref=ts .Diorang punya konsep pakaian yang solat ready walau dimana sahaja anda berada.

Nursing wear ada for smart mom dan practical mom. Sekarang juga ada Ramadan series tahu. Siap match make dengan tudung siap. Dekat butik ni jugak banyak jual tudung-tudung yang patuh syariah. Boleh beli tudung dan match make dengan jubah atau dress terus. Jimat masa.

Butik online #4: Butik Muslimah Nursing Centre

Butik http://www.muslimahnursingcentre.com/ atau page fb https://www.facebook.com/muslimahnursingcentre.mnc serius korang kena terjah. Diorang tengah special offer sekarang. Design diorang memang sangat exclusive tahu.

Butik ni memang fokus on nursing wear only.  Jadi pilihan dan design tu toksah kata. Memang banyak gile. Antaranya Hawa Breastfeeding Kurung, Darl’s Vintage Nursing Jubah, dan banyakkkk lagi nursing kurung dan jubah. Nama baju pon kemain havoc lagi tau.

Butik online #5: Butik Bella Ammara

Butik http://www.bellaammara.com atau page fb https://www.facebook.com/BellaAmmara?fref=ts ni ada Nabila Tweed Kurung, Dwitone Daisy Jubah (pre-order sampai 7 Julai), Lacey Jubah dan lain-lain. Jenuh nak listkan semua sebab memang banyak jenis. 😁

Diorang selalu jugak update design terbaru tau. Memang juling bijik mata nak pilih sebab semua design cun-cun belaka. Sekarang ada giveaway contest. Boleh ler join kot ada rezeki tapi dengan syarat kena ada instagram lah dulu. Hehe

Fyi, semua butik online ni ada butik fizikal jugak.

Okay uolls, selamat shopping. Harap2 adalah nursing wear yang berkenan di hati ya.

Ingat, berbelanjalah dengan berhemah ! 😘

 

Berminat order Shaklee? Hubungi saya

admin-ajax.php

 

 

 

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malcare WordPress Security