5 Cara Banyakkan Susu Badan Hingga Melimpah-Ruah

​Walaupun menyusukan anak itu merupakan salah satu perkara semulajadi, tetapi sebelum kelahiran anak pertama saya lebih kurang  5 tahun lepas, saya tetap belajar tentang penyusuan susu ibu.

Saya risau jika saya dilanda cabaran tiada susu, atau susu kering secara tiba-tiba dan masalah yang lain.

Alhamdulillah di waktu itu, atas inisiatif kaum ibu yang turut menyusukan anak, sebuah kumpulan ibu menyusu telah ditubuhkan di laman Facebook.

Pada waktu itu jumlah ahli kumpulan hanya beberapa ratus orang berbanding pada hari ini telah mencecah kepada angka 50 ribu ahli.

Menariknya, apabila sedikit ahli kumpulan, ahli lebih ramai aktif bertanya dan lebih ramai juga ibu berpengalaman akan aktif menjawab persoalan ibu-ibu.

Saya banyak belajar dari soal jawab di dalam kumpulan tersebut.

Hasilnya, dengan izin Allah, alhamdulillah susu untuk anak pertama saya melimpah-ruah.

Saya ingin kongsikan 5 cara banyakkan susu badan yang saya sendiri amalkan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu-ibu baru.

5 Cara Banyakkan Susu Badan 

Cara #1: Fahami bahawa perut bayi baru lahir adalah kecil

Pertama sekali, apabila kita baru melahirkan bayi, fahami bahawa perut bayi kita kecil.

Hanya sebesar sebiji buah ceri sahaja.

Cara banyakkan susu ibu

Cuba lihat, sehari perut bayi hanya perlukan 1 sudu teh susu ibu. Credit gambar Google.

Bayi kita yang baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak.
Sedikit pun cukup.

Sebab itu, susu ibu yang baru sahaja bersalin tidak memancut seperti ibu yang bayinya telah berusia 3 bulan.

Cara #2: Fahami apa itu kolostrum.

Apabila bayi mula melalui laluan peranakan untuk keluar dari perut ibu, sistem badan ibu akan mengaktifkan hormon yang menghasilkan susu.

Jadi susu untuk bayi baru lahir akan serta-merta dihasilkan oleh badan ibu.

Namun begitu, susu yang keluar sejurus selepas bayi dilahirkan adalah dinamakan kolostrum.

Kolostrum ini sifatnya berwarna kuning. Ia pekat, tetapi sangat sedikit.

Ia tidak keluar memancut.

Namun, kolostrum ini mampu mengenyangkan bayi baru lahir, dan cukup untuk perut bayi.

Hargai kolostrum.

Kebiasaannya, kolostrum akan keluar tanpa bercampur dengan susu biasa, selama seminggu.

Cara #3: Fahami sifat susu ibu.

Sifat susu ibu adalah sangat mudah hadam. 

Perut bayi lebih mudah memproses dan menghadamkan susu ibu berbanding susu formula kerana susu ibu adalah semulajadi.

Bila perut bayi cepat hadam susu ibu, terkadang terdapat bayi yang sangat cepat lapar.

Ia bukan petanda susu ibu tersebut tidak cukup.

Tetapi ia petanda susu tersebut telah habis di proses oleh perut bayi, dan bayi perlu diisi semula dengan susu.

Cara #4:  Fahami bahawa bayi menangis bukan hanya kerana lapar.

Bayi baru lahir yang menangis, ada banyak sebab.

Pertama sekali, sebagai orang dewasa, kita perlu memahami yang bayi barh lahir tidak mahir bertutur bahasa kita.

Tidak pandai bercakap.

Oleh kerana itu, satu sahaja cara bayi untuk sampaikan kepada ibunya tentang kehendaknya – iaitu dengan cara membuat bunyian atau menangis.

Bayi menangis ada banyak sebab.

Boleh jadi kerana perut bayi masuk angin.

Atau boleh jadi sebab suhu bilik terlalu panas atau sejuk.

Atau boleh jadi sebab bayi memerlukan pelukan ibu untuk rasa selamat seperti di dalam rahim.

Ada pelbagai lagi sebab yang memungkinkan bayi menangis.

Yang pasti, bayi menangis bukan hanya kerana lapar.

Cara #5: Fahami konsep supply and demand

Semakin kerap ibu susukan baby, semakin banyaklah susu akan terhasil.

Baby yang kerap menyusu akan menggalakkan badan ibu untuk hasilkan lebih banyak susu.

Kalau baby tak kerap menyusu, ibu perlu perah setiap 2-3 jam sekali.

Analogi nya seperti pam di tandas.

Apabila kita tarik pam di tandas, secara automatik, tangki pam akan diisi semula dengan air dari tangki air.

Oleh sebab itu, jika ibu mahu kumpul stok susu yang banyak, kerapkan sesu penyusuan bayi atau perah susu setiap 2 jam.

Baiklah, cukup 5 cara banyakkan susu badan yang saya kongsikan hari ini.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, asbab saya amalkan 5 cara di atas, saya berjaya menyusukan anak pertama saya walaupun di awal kelahiran beliau, hanya sedikit susu kolostrum yang keluar.

5 tips di atas penting untuk kita hadam dan pegang dengan kuat agar kita tidak mudah goyah dengan pujukan untuk beri bayi susu formula.

Jemput share entry ini untuk manfaat lebih ramai ibu yang ingin menyusukan anak mereka 🙂

Terima kasih.
Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

One Response

  1. SALMAH BT ABU BAKAR 26 August 2018

Leave a Reply