5 Cara Kumpul Stok EBM Dalam Pantang

Orang kata, masa berpantanglah susu paling banyak. Betul tak? Pengalaman sendiri, masa first week tu tak lah banyak sangat. Minggu kedua tu dah banyak sampai baby pun tak larat nak minum.

Kadang just dengar suara baby je pun, susu dah mula memancut. Ohhh so messy!! Masa tu breast pad adalah kawan baik. Kalau tak, lencun baju dengan susu.

Jadi belajar cara kumpul stok EBM dalam pantang adalah sangat- sangat digalakkan. Bukan takat digalakkan, malah DIWAJIBKAN lah kalau betul –betul nak BF baby sampai umur 2 tahun.

Ok jom saya kongsikan, cara-cara nak kumpul stok masa dalam pantang.

cara banyakkan stok EBM

Stok susu ibu yang turut amalkan supplement Shaklee

5 Cara Kumpul Stok Susu Semasa Dalam Pantang

Jangan persiakan waktu terluang semasa pantang. Ikuti 5 tips di bawah.

#1 : Tanderm Nursing

Ini adalah istilah untuk sambil menyusukan baby, sambil pam susu.

Semasa susu kan baby, pam jugak kat breast sebelah tu. Contohnya baby menyusu belah kanan, pam belah kiri. Teknik ni turut dikenali sebagai tandem nursing.

#2 : Pastikan kosong betul-betul

Lepas baby menyusu, pam breast supaya betul- betul kosong. Ini penting supaya susu yang baru akan lebih cepat masuk.

–> Baca juga konsep supply and demand, konsep paling asas dalam penyusuan

#3 : Jangan sesekali perkenalkan susu formula

Ini akan menggangu rutin baby. Nanti baby rasa, eh cukup dah formula, so dia tak kan demand dari breast lagi. Bila jadi camni, kesian kat breast sebab dah mula confuse, eh aku ni kene hasilkan susu ke tidak?

Kalau dah ter introduce jugak, takpa. Boleh amalkan power pumping untuk restart rutin baby untuk demand dari breast. Kene pam setiap 2 jam lah.

–> Baca juga teknik Power Pumping untuk banyakkan susu badan

#4 : Pengambilan air mencukupi

Pastikan minum air sekurang- kurang nya 3 liter sehari.

Minum air yang banyak semasa pantang adalah sangat penting, untuk mengelakkan sembelit, untuk menghasilkan susu yang banyak, untuk memastikan aliran darah lancar so that ibu rasa bertenaga.

Dan minum air yang banyak tidak akan menyebabkan bentan ya. Bentan tu kalau minum air sejuk atau air ais. Minum lah air masak suam ke, air susu ke.

#5 : Makan seimbang

Pastikan makan makanan yang cukup nutrisi. Ini penting supaya susu ibu pun lengkap nutrisi untuk perkembangan bayi dan kesihatan ibu itu sendiri.

Sebenarnya pemakanan dalam pantang ini tak perlu pantang – kecuali yang kita tahu berangin seperti nangka. Ianya bergantung kepada tubuh individu. Macam mak saya tak pernah berpantang makan. Alhamdulillah mak kekal cergas dan sihat walau dah berumur 50-an.

 

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/Whatsapp : 019 477 3457
(Atau klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60194773457)
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply