Nak tahu tak 5 Perkara Asas Penyusuan yang boleh membantu anda mendapat susu mencurah- curah dan memancut-mancut sampai basah baju?
Freezer pun boleh penuh sampai terpaksa beli deep freezer pula 😀
InsyaAllah sesiapa yang menjaga 5 Perkara Asas ini, boleh mendapat hasil yang diingini (susu melimpah ruah, anak kenyang, ibu tenang).
Yang main hentam je, susah la nak dapat susu melimpah ruah tu… Betul tak?
1. Amalkan Pemakanan Berzat dan Nutrisi Seimbang
- Kurangkan makanan rapu dan minuman berkafein. Lagi power, eliminate terus!
- Amalkan Set Penyusuan Shaklee untuk membantu memastikan badan anda mendapat zat & nutrisi yang secukupnya
2. Emosi yang Ceria dan Tenang
- Flow susu hanya boleh jadi lancar kalau kita tenang, relax dan ceria
- Tahukah anda, salah satu cara utk ceria adalah dengan menatap gambar anak semasa pam susu 😉
- Set Breastfeeding Shaklee, mengandungi B-Complex yang membantu merangsang hormon serotonin iaitu sejenis hormon “Ceria”.
3. Pengambilan air minimum 3 liter sehari
- Salah satu komponen utama susu ibu adalah air. Nama pun susu, confirm lah cecair kan?
- Jadi kalau air tak cukup 3 liter, makan lah vitamin apa pun… milk booster apa pun… Confirm susu tetap takkan melimpah ruah.
4. Pam/ breastfeed 2 atau 3 jam sekali
- Breast kita perlu dirangsang utk menghasilkan susu. Bukan setakat jaga pemakanan semata-mata.
- Lagi kerap dirangsang, lagi banyak susu dihasilkan
- Nak senang faham, konsep susu ibu adalah supply and demand. Lagi banyak demand, lagi banyak badan akan supply.
- Kalau baby dah reject direct feeding, rangsang dengan cara pam breast setiap 2 jam atau 3 jam sekali. Kalau rasa low lagi, buat power pumping
5. Doa kepada Allah
- Berdoa supaya diberi kekuatan dan kesabaran untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun+
- Sentiasa ingat, setiap yang bernyawa kat dunia ni, Allah yang tentukan rezeki dia
- Jadi kalau nak rezeki melimpah ruah, kena dekatkan diri kepada Allah dengan sungguh- sungguh. Berdoalah penuh pengharapan
Berminat Untuk Dapatkan Set Penyusuan Shaklee?
Set Penyusuan Shaklee telah membantu merangsang penghasilan susu yang meriah dan pekat untuk ramai ibu menyusu.
Ia turut membantu saya secara peribadi untuk bertenaga dan cergas walaupun aktif menyusukan anak.
Untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee, anda boleh hubungi saya di :
Ank sy dah 1thn..lps raya rtu susu merudum truk..kalu pam pon dpt 2oz je..mcm mana nk dpt kan susu balik ek..sy dah mkn supp shaklee dr ank umur 3bln lg..mlm pon kene topup fm..dlu bm je waktu mlm..
Salam Puan Nad 🙂
Mohon maaf kerana terlewat reply. Sebelum itu, boleh saya tahu sama ada Puan ada minum coffee atau teh, atau air sejuk atau berais. Berapa kerap Puan memerah susu?
Hai… I berminat dgn produk shaklee sbb i mmg tak ada susu…
Tp i risau nak ambik product ini sbb i kerja luar n tak dpt pump 2 hingga 3 jam sekali…. I ada masa pd waktu malam shj.. apakah cara pegambilan yg u akn nasihatkan utk i??
Hai Puan Sunthari 🙂
Maafkan saya kerana terlewat reply. Saya ada email Puan. Kalau belum dapat email, maklumkan di sini ya 🙂
Assalam pn.. slm perkenalan.. saya nk bertanya, jika kita amik alfafa..bpe bji digalakkan dan waktu mana yang sesuai.. untuk milk booster
Assalam Puan Amy 🙂
Saya ambil sehari 10 biji selepas makan. Boleh juga ambil 2-3 biji selepas pam atau breastfeed.
Salam puan.saya seorang ibu bekerja dan sekarang dalam pantang 24 hari anak kedua. Sekarang tengah berusaha utk mengumpul stok susu tetapi seminggu kebelakangan ni susu merudum kurang.baby memang banyak menyusu.saya juga mengepam susu cuma kadang2 masa tak konsisten. Tapi pam pon x banyak dapat. Nak dapat 2oz pon susah. Adakah sebab brest pump yg saya gunakn tu menyebabkn x dpt kumpul byk sbb brest pump jenis spectra lama? Sbb bila sy pam manual lagi byk boleh dpt..cuma penat sikitla. Atau sbb baby menyusu direct, bila pam susu dah berkurang?
Salam Puan 🙂
Puan sangat tabah.
Cuba dulu konsisten kan masa pam. Kalau tak konsisten, breast kita tak dapat nak pick-up dan tak dapat nak hasilkan susu dengan meriah.
Amalkan perah setiap 2 jam sekali dengan disiplin.