5 Tips Untuk Susu Melimpah Ruah Yang Terbukti Berkesan

Susu badan semakin berkurang lepas habis cuti bersalin? Mesti stress kan…

Ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah yang serupa. Lepas masuk ofis selepas bercuti panjang, susu badan yang sebelum nih meriah terus merudum.

Jangan risau… Anda bukan keseorangan.

Saya juga pernah mengalami masalah yang sama sewaktu menyusukan anak kedua saya. Memang sedih dan rasa tertekan…

Yelah, ibu mana yang tak sedih tengok anak menangis sebab tak cukup susu?

Alhamdulillah, setelah saya mengamalkan 5 tips di bawah. Susu saya kembali melimpah ruah 🙂 Anak yang sebelum nih asyik menangis dah boleh tertidur kekenyangan.

Bahagia betul!

Sebelum teruskan membaca, jemput menonton kisah Puan Farah yang panik sebab stok susu untuk anak beliau tak cukup… Dan beliau dah nak habis cuti bersalin!

5 Tips Untuk Banyakkan Susu Badan

Khas untuk ibu-ibu comel semua, saya kongsikan 5 tips yang saya sendiri telah amalkan dan terbukti berjaya membanyakkan susu badan saya. Semoga ianya bermanfaat juga untuk anda.

1. Perah (Pam) Dengan Kerap dan Konsisten

Perkara paling asas untuk tambah dan pastikan susu badan meriah adalah dengan kerapkan sesi perah susu. Sebaiknya pam susu setiap 2-3 jam sekali. Lagi bagus kalau anak kita kerap nak menyusu.

Kalau masa mula-mula pam nampak susu yang keluar tu sikit, teruskan pam dengan konsisten. Insya-Allah semakin kerap di pam, susu yang terhasil akan semakin banyak. Yang penting kena konsisten.

Baca jugaMotivasi Buat Ibu Menyusu – Don’t Give Up

Susu terhasil dengan konsep “supply and demand”. Kalau demand tinggi, supply pun akan tinggi.

Demand = kekerapan bayi menyusu, atau kekerapan ibu memerah susu

Supply = kuantiti susu yang dihasilkan oleh ibu

Saya ada kongsikan tentang analogi ini dengan lebih terperinci dalam entri “Rahsia Banyakkan Susu Ibu“.

Point Penting: Kalau kita tak perah dengan kerap, susu pun susah nak refill.

2. Minum Air Sekurang-Kurangnya 3 Liter

Minum 3L Air Untuk Susu Melimpah Ruah

Air Penting Untuk Susu Melimpah Ruah

Komponen utama susu badan adalah air. Jadi kalau anda pun tak cukup air, macam mana susu nak cukup kan?

Lagi satu, sebaiknya anda banyakkan minum air kosong ataupun susu sebab air yang manis akan menyerap cecair dalam tubuh kita dan boleh menyebabkan kita dehidrasi. Nak minum boleh, tapi berpada-pada 😉

3. Jangan Skip Makan

Jangan Skip Makan Untuk Elakkan Susu Drop

Jangan Skip Makan & Pastikan Ia Berkhasiat (Credit: Food.Gov.Uk)

Untuk menghasilkan susu yang penuh nutrisi, anda kenalah pastikan tak skip sarapan, lunch ataupun dinner. Badan anda memerlukan nutrisi untuk menghasilkan susu yang berkhasiat untuk anak anda.

Kekurangan nutrisi boleh menyebab penghasilan susu terganggu. Lagipun kalau anda membiarkan perut anda masuk angin, ada kemungkinan besar anak anda akan ‘kembung’.

Tips: Bawa beberapa keping roti atau biskut bersama anda ke mana saja supaya anda boleh mengisi perut apabila terasa lapar

4. Kekal Ceria & Senyum Sokmo

Kekal Ceria Untuk Susu Banyak

Cuba Ceria Macam Baby Nih

Flow susu hanya akan lancar apabila anda tenang dan ceria. Kalau anda selalu sangat stress, kelam kabut dan serabut, memang penghasilan susu akan terbantut.

Antara tips untuk memastikan susu banyak ketika pam ialah dengan menatap gambar anak anda. Dalam handphone tu mesti banyak gambar comel di manja kan?

Info: Vitamin B-Complex boleh membantu merangsang penghasilan hormon serotonin iaitu sejenis hormon ‘ceria’

5. Amalkan Suplemen Seperti Set Penyusuan Shaklee

Suplemen seperti Set Penyusuan Shaklee boleh membantu membanyakkan susu badan. Ia telah terbukti berjaya membantu ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah susu merudum, termasuklah saya sendiri.

Set Penyusuan Shaklee terdiri daripada 6 suplemen yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan masalah penyusuan yang dihadapi.

Jom tonton: Pengalaman Puan Hidayah menyusukan bayi pra-matang

6 Vitamin Penting Di Dalam Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee yang lengkap mempunyai 6 suplemen. Setiap satunya dengan khasiat yang berbeza.

set penyusuan Shaklee

6 vitamin penting untuk ibu menyusu di dalam Set Eksklusif Penyusuan Shaklee

1/ ESP (Energizing Soy Protein)

ESP merupakan minuman soya yang kaya dengan kandungan protin. Ia merupakan produk Shaklee yang paling hot di kalangan ibu-ibu.

3 khasiat utama yang menyebabkan ESP sangat laku:

  1. Susu badan bertambah (…dan kebiasaannya semakin pekat)
  2. Anda akan rasa cergas dan bertenaga sepanjang hari
  3. Kulit menjadi licin, gebu and anjal

Info: Takut nak minum soya? Anda wajib baca entri “Soya ESP Selamat Ke?

2/ Vitalea (Iron Formulated Multivitamin)

Kalau anda ibu yang berkerja, mesti anda selalu makan di luar kan? Biasanya makanan di kedai makan nih kekurangan nutrisi. Di sinilah Vitalea memainkan peranan.

Vitalea merupakan sejenis multivitamin yang akan membantu top-up kekurangan nutrisi anda. Kesannya, anda akan rasa lebih bertenaga dan susu juga semakin banyak.

3/ B Complex

Sebagai orang perempuan, normal lah kita nih selalu ada mood swing dan emosi kadang-kadang tak terkawal. Bila stress, susu pun nak tak nak jer keluar. Betul?

Biasanya apa yang orang perempuan suka makan bila stress? Coklat kan 😉

Sebab apa bila makan coklat rasa ‘lega’ sikit? Coklat membantu penghasilan hormon serotonin yang menjadikan kita ceria.

B Complex juga mempunyai kesan yang sama seperti coklat, cuma B Complex tak menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat atau menyebabkan kegemukan.

4/ Vitamin C Sustained Release

Salah satu punca susu merudum adalah disebabkan oleh kelenjar susu yang terluka. Boleh jadi luka sebab baby menyusu terlalu kuat ataupun kerana kita terlalu stress.

Vitamin C boleh membantu untuk mengelakkan kelenjar susu anda luka. Kalau dah luka, Vitamin C boleh membantu untuk merawat kelenjar susu yang luka tersebut.

Info: Vitamin C juga sangat baik untuk kulit yang cantik berseri dan glowy gitew 🙂

5/ Alfalfa

Alfalfa adalah sejenis herba yang mempunyai 1001 khasiat. Nak senaraikan pun terlalu banyak. Sebab tu saya ada tulis entri khas tentang kelebihan & khasiat Alfalfa.

Ringkasnya, Alfalfa adalah:

  • Milk booster… Biasanya dalam 1-2 hari dah boleh rasa perbezaannya 🙂
  • Perapat ala-ala Kacip Fatimah (ada yang cakap lagi power… sendiri kena cuba 😉 )
  • Menghilangkan keputihan
  • Sebagai detox & menghilangkan bau badan

Baca juga: Koleksi entri tentang kehebatan Alfalfa

6/ Ostematrix (Kalsium)

Kebanyakkan ibu yang menyusu akan mengalami masalah susu berkurang masa datang period. Ini terjadi sebab badan memerlukan kalsium yang banyak untuk menggantikan darah yang keluar semasa period.

Hint: Kalsium merupakan antara komponen utama susu. Kurang kalsium, kurang susu…

Untuk membantu badan dalam proses menghasilkan darah, anda boleh mengamalkan Ostematrix yang merupakan suplemen kalsium dan magnesium.

Tips: Ostematrix juga boleh membantu anda mendapat tidur malam yang berkualiti dan juga mengelakkan sembelit selepas bersalin 😉

Cara Dapatkan Set Penyusuan Shaklee

Sebelum anda dapatkan Set Penyusuan Shaklee ini, anda juga perlu amalkan 3 perkara asas penyusuan:

1/ Kerap perah atau pam susu setiap 2-3 jam sekali

2/ Banyakkan minum air masak

3/ Pastikan anda tidak skip makan nasi

 

Set ini hanya berkesan jika 3 perkara di atas turut di amalkan bersekali.

Kita usaha, Allah tentukan. Banyakkan juga berdoa untuk dimurahkan rezeki bayi susu yang banyak.

Harga set ini adalah RM 572.90 untuk kegunaan 1-3 bulan.

Tetapi jika anda mendaftar sebagai ahli Shaklee, boleh terus dapat harga yang lebih jimat iaitu RM 539.10 (telah termasuk yuran daftar ahli untuk seumur hidup)

set penyusuan Shaklee

Set Eksklusif Penyusuan Shaklee

Untuk dapatkan set ini, anda boleh terus hubungi saya melalui email [email protected] atau

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

4 Comments

  1. Nor Diana 26 February 2014
  2. atikabeauty 15 October 2014
  3. Jazilah Ilyas 18 October 2014
  4. Muni 24 April 2015

Leave a Reply