Airbnb di Leknes, Lofoten : Aurora Dari Balkoni Rumah Saja

P.s : ‘Booking Link’ ada di hujung post. Dan istimewa untuk ‘first timer’ Airbnb, boleh dapatkan kredit RM 120 melalui link yang saya kongsikan

Di Lofoten kami hanya berjalan di 2 tempat utama iaitu Svolvaer dan Leknes, sebab 2 ini saja yang ada ‘supermarket’.

Dan juga sebab ini kali pertama kami nak cuba pandu kereta di negara bersalji tebal. Jadi tak berapa yakin nak jauh-jauh.

Di Leknes, kami sewa Airbnb.

Sejurus masuk rumah ini, wahh! Melopong melihatkan cantiknya pemandangan dari ruang tamu.

Ruang atas untuk kita. Ruang bawah adalah garaj.

Ruang tamu berkaca

Rumah ini ruang tamunya bersambung dengan dapur dan ruang makan. Ada balkoni di luar ruang tamu.

Ruang tamunya juga semua berkaca. Maksudnya boleh nampak luar 100%.

Main di balkoni penuh salji

Anak-anak di ruang tamu

Baby Hajar pun nak main salji (umur 8 bulan)

Pemandangan matahari terbit dari balkoni rumah

Walaupun kita boleh nampak luar, tiada siapa di luar akan nampak kita sebab rumah ini tersorok di balik bukit kecil berbatu.

Kalau ada pun satu stor besar rumah merah di sebelah rumah. Ianya milik tuan rumah dan tiada sesiapa menginap di situ.

Tepi kiri kanan depan tiada rumah. Jadi nak buka tudung walaupun keluar balkoni, pun boleh.

Lengkap serba-serbi

Kami suka sangat rumah ini sebab pemandangannya cantik, rumah selesa dan dapurnya lengkap serba-serbi.

Maksud dapur lengkap ini termasuklah ada ‘dishwasher’, oven, ‘stove’, ‘coffee maker’, peti ais dan ‘freezer’ dan pinggan mangkuk macam biasa.

Rumah ini ada 3 bilik tidur (lupa nak ambil gambar) yang setiap satunya ada tingkap dengan pemandangan gunung.

Bilik air rumah ini pula ada satu saja, lengkap dengan tab mandi, shower, mesin basuh, etc.

Tab mandi nya ada tingkap panjang menghadap pemandangan gunung. Subhanallah..

Dekat dengan ‘supermarket’

Rumah ini juga dekat sangat dengan pekan Leknes, iaitu tempat di mana bertumpunya kebanyakan ‘supermarket’. Pandu dalam 10 minit saja dari rumah.

Antara ‘supermarket’ di sini termasuklah REMA 1000, Extra, Lofosenteret. Bank pun ada.

Restoran yang ada menu halal

Pakaian yang panas tahan sejuk, dari jenis Merino Wool

Banyak makanan baby. Memang baby dan anak kecil ramai di sini, walaupun musim sejuk.

Makanan sedia dipanaskan

Pada hari biasa ‘supermarket’ akan buka jam 7am hingga 11pm. Tapi semuanya akan tutup pada hari Ahad, kecuali ‘supermarket’ REMA 1000 yang di buka bahagian kecil saja jam 10am hingga 10pm.

Di sini lah kami beli baju jenis Merino Wool untuk baby Hajar dan juga topi. Kain jenis Merino Wool nampak nipis, tapi hangat.

Snow Sled

Pemilik rumah ini pun sangat ‘helpful’. Tanya lah apa saja, mereka akan cepat respon.

Mereka ini lah juga yang sudi pinjamkan ‘snow sled’ untuk anak-anak kami.

Abi tarik Hannah dalam snow sled. Ini jalan masuk rumah kami.

Slope tepi rumah seronok main snow sled

Hannah di tarik dalam snow sled

Rumah ini terletak di kawasan berbukit, jadi memang menjadi lah nak main ‘snow sled’. ‘Slope’ di rumah ini licin dan anak-anak seronok main.

Asal celik mata saja minta main di luar.

Fire Place

Rumah ini juga menggunakan sistem pemanasan api, iaitu ada ‘fire place’ yang berfungsi menghangatkan satu rumah.

Kena letak kayu dan api. Tapi bukan lah macam dalam movie yang ‘fire place’ nya terbuka.

Yang ini, tertutup.

Anak-anak teruja dengan ‘Fire Place’

Tuan rumah dah memang sediakan kayu di luar rumah. Ada banyak sangat. Mereka juga demo cara guna ‘fire place’

Saya teruja dengan benda baru ini, anak-anak lebih lagi. Masa ini lah Muhammad belajar bab ruang, oksigen, api dan macam-macam lagi lah.

Tapi jangan risau, kalau tak cukup panas juga rumah, ada ‘mobile heater’. Takat ini kami sekeluarga sangat ‘cosy’ dalam rumah.

Aurora Dari Balkoni Rumah

Alhamdulillah juga rumah ini mudah sangat nak jumpa Aurora.

2 malam kami jumpa Aurora di rumah ini. Yang malam tak jumpa adalah sebab satu malam itu berawan dan satu malam lagi salji sedang turun sangat lebat.

Lepas salji berhenti (stop snowing), tak sangka Aurora muncul.

Di balkoni rumah inilah pertama kali kami jumpa Aurora yang bergerak membentuk ‘spiral’.

P.s : Klik untuk ikuti pengalaman Aurora kami dari balkoni rumah.

Subhanallah

Cantiknya Subhanallah. Tak sangka lah boleh nampak depan mata sendiri. Allahuakbar!

Bayangkan kita nampak cahaya hijau bergerak dari satu garis dan kemudian membentuk bulatan ‘spiral’ dan ianya terus bergerak dari 7pm hingga hampir 6am.

Subhanallah kagum sungguh. Gerakannya tak rawak tapi sempurna tersusun. Masya-Allah..

Bak kata salah satu ‘review’, ‘this place sits right under the northern light belt’, maka Insya-Allah senang sangat jumpa Aurora walaupun dalam kehangatan rumah.

Teruja Tengok Bintang

Di sini juga saya berpeluang rasa bagai duduk sebelah bintang. Bintang-bintang di sini nampak dekat sangat dengan kita, macam boleh capai.

Segala bintang yang kita belajar masa sekolah, semua dalam satu langit pada satu waktu yang sama, termasuklah bintang-bintang yang saya tak tahu apa namanya.

Subhanallah..

Betul-betul rasa bagai dalam syurga.

Tempah Airbnb ini

Kalau kawan-kawan nak tempah Airbnb ini, boleh ‘check-it out’ di https://abnb.me/U1iloJ4kdU

Kalau kawan-kawan masih belum ada akaun Airbnb dan nak dapatkan kredit RM 120 dari Airbnb; boleh daftar di link berikut https://abnb.me/e/Jnkz2n7kdU

Leave a Reply