Berapa Banyak Cash Perlu Di Bawa dan 5 Perbelanjaan Utama Semasa Travel

Kali pertama kami sekeluarga ke Jepun, malam sebelum bertolak itu kami gigih beratur panjang di money changer di MidValley, Bangsar.

Review bagitau money changer MidValley adalah antara yang paling murah.

Ada lah tukar dalam RM 500 rasanya. Takut-takut juga sebab bawa cash banyak.

Tapi takut juga kalau duit belanja kat sana tak cukup.

Boleh Cucuk di ATM Sahaja

Bila kami sampai di Jepun, eh, baru perasan, kalau tak tukar duit pun, boleh je survive.

Sebab, kita boleh cucuk duit melalui ATM di 7-Eleven di sana.

7 Eleven pula sangat senang jumpa.

berapa-banyak-cash-untuk-dibawa-semasa-travel

7 Eleven adalah sangat mudah di dapati di Jepun. Gambar dari Google.

Apa yang kami perasan secara peribadi, rate bila cucuk duit direct dari ATM di sana adalah lebih murah dari bila tukar duit di money changer MidValley.

Sejak dari itu, bila nak ke luar negara, kami hanya bawa cash yang minima, sekadar lebih kurang cukup untuk beli makanan semasa touch down untuk alas perut, dan naik teksi untuk ke hotel (untuk travel ke Istanbul tempoh hari)

Caj Pengeluaran Duit

Kami ingat-ingat lupa sebab nilai caj adalah terlalu rendah. Info kawan-kawan menyatakan kad Maybank caj RM 12 dan kad  CIMB caj RM 10.60

Kami pula kalau cucuk, sekali keluar duit agak banyak sebab perbelanjaan untuk 5 beranak, itu yang tak berapa terasa nilai caj.

Bila kita cucuk duit di luar negara nanti, bukanlah keluar duit ringgit. Dia keluar duit ikut negara kita pergi.

Macam pergi Tokyo, keluar duit Yen. Pergi Istanbul, keluar duit Lira.

Perbelanjaan Daily Semasa Travel

Sebelum saya bercerita lanjut secara kasar tentang perbelanjaan asas di luar negara, ingin saya maklumkan yang kami bukan jenis berjimat.

Saya percaya bila kita ada impian, insya-Allah duit akan datang dari arah tak tersangka-sangka.

P.s : Insya-Allah saya akan berkongsi di entry yang lain tentang cara kami jana pendapatan semasa travel.

#1 : Makanan

Belanja untuk makanan adalah belanja yang kami tidak akan catu sama sekali sebab kalau kita lapar, kita akan cepat marah dan hilang mood, betul betul?

Saya masih ingat, pertama kali kami ke Jepun, dek mahu terlalu berjimat, kami pack satu bagasi penuh dengan makanan seperti maggi, brahim dan roti.

Sudahnya, hari pertama sahaja makanan bekal tersebut boleh kami makan.

Hari-hari seterusnya dah tak lalu nak mengadap makan paket. Terpaksa cari juga makanan halal berdekatan.

Average rate heavy meal

Biasanya jika di Jepun, kalau heavy meal bernilai lebih kurang Yen 3,000 – 4,000 untuk satu hidangan dewasa. Nilai matawang berbeza setiap tahun, jadi anda boleh cuba convert di Google nilai Yen tersebut.

Kalau heavy meal, biasanya kami akan pesan 3 set.

Tapi biasanya kami hanya makan di kedai sama ada semasa lunch atau dinner, waktu di luar negara cepat malam.

Kalau lunch masak, dinner makan di kedai.

Masak pula menggunakan bahan-bahan yang ada di kedai runcit atau pasar basah mereka. Biasanya paling mudah masak berasaskan nasi atau spaghetti.

Di Jepun, makanan laut (seafood) adalah sangat mudah dijumpai, jadi lauk untuk masak bukan satu isu.

Baca juga –> Pengalaman kami cari groceries di Jepun

Ini adalah nasi dalam paket. Senang tak perlu cuci, terus masuk microwave untuk makan. Dalam paket ini biasanya ada 4-5 paket nasi putih.

Ini adalah nasi dalam paket. Senang tak perlu cuci, terus masuk microwave untuk makan. Dalam paket ini biasanya ada 4-5 paket nasi putih.

#2 : Pengangkutan

Yang ini pun agak subjektif mengikut sejauh mana kita mahu pergi dan jenis pengangkutan apa yang anda mahu experience.

P.s : Saya berkongsi mengenai pengangkutan di Jepun sebab setakat ini negara itu sahaja yang kami kerap pergi setakat ini.

Untuk travel ke Jepun, jika anda teringin rasa pengalaman naik Shinkansen, JR Pass adalah antara pilihan yang bijak untuk anda.

Untuk travel di Istanbul, kami hanya pernah naik tram dan teksi. Mungkin perlu pergi 2-3 kali lagi, insya-Allah baru mudah untuk kami kongsikan dengan lebih detail tentang pengangkutan di Istanbul.

JR Pass (Japan Railway Pass)

Jika anda ke Jepun dan mahu ke beberapa ‘negeri’, contohnya mahu cover Tokyo,Osaka, Kyoto, Nagano, Hokkaido, etc; anda mungkin mahu pertimbangkan untuk dapatkan JR Pass.

JR Pass ini ada 3 pakej – Pass untuk 7 hari, pass untuk 14 hari dan pass untuk 21 hari.

Harga adalah dalam range RM 1,200 ke RM 2,400 untuk seorang dewasa. Kanak-kanak pula biasanya free, tapi kalau mahukan seat di dalam train, anak-anak pun perlu dapatkan pass ini pada harga kanak-kanak.

Walaupun harganya nampak macam agak tinggi, tapi ia sangat berbaloi dan jimat untuk kami.

JR Pass ini boleh digunakan di semua rangkaian JR train dan Shinkansen (kecuali 2 jenis Shinkansen sahaja)

Shinkansen adalah bullet train.

Mak posing depan 2 shinkansen

Mak posing depan 2 shinkansen

Suica atau Pasmo Card

Tapi jika anda hanya berjalan di area Tokyo, which is so much to cover as well, memadai dapatkan Suica atau Pasmo card.

Kad ini boleh dibeli di mana-mana kedai runcit, biasanya kedai runcit di subway station.

Suica card ini bukan kad jimat, cuma mudah sebab ia seperti Touch’n’Go.

Kita isi dengan amount yang kita mahu. Bila naik train, touch sahaja di tol pelepasan.

Yang menariknya kad ini bukan setakat boleh guna untuk naik train, tetapi juga untuk beli barang di kebanyakan kedai runcit.

berapa-banyak-cash-untuk-dibawa-semasa-travel

#3 : Fee masuk tempat menarik

Perbelanjaan ini bergantung kepada tempat mana yang anda mahu pergi.

Sebelum bertolak saya biasanya akan siapkan itinerari lengkap supaya tidak buang masa kat sana baru fikir nak pergi mana.

Sebagai contoh, jika kami mahu ke Zoo di lokasi tersebut, saya akan Google zoo tersebut dan dapatkan info tentang bayaran masuk ke Zoo jika ada.

Kebiasaannya untuk masuk Zoo atau Aquarium di Jepun, bayaran hanya dikenakan kepada dewasa. Kalau ada pun kanak-kanak di caj, biasanya half price atau harga yang sangat rendah.

Saya juga suka rujuk laman Japan Guide untuk study tempat menarik di sesebuah ‘daerah’ dan study berapa fee masuk jika ada.

Belanja untuk fee masuk kebiasaannya dalam nilai RM 15 ke bawah.

#4 : Permainan anak-anak

Jika anda bawa anak-anak kecil seperti kami, anda pasti mahu buffer sedikit belanja untuk permainan anak-anak. Biasanya kami belikan permainan yang kecil dan biasa supaya anak-anak boleh main dalam train dan tidak bosan.

Sebab kalau bosan, anak-anak akan cepat meragam.

Jadi sebelum meragam, lebih baik ambil langkah pencegahan.

#5 : Barang harian

Barang harian ini contohnya seperti diapers anak. Memang kami biasanya tak bawa satu beg diapers, hanya mencukupi untuk satu hingga dua hari penggunaan.

Diapers boleh didapati di farmasi. Kalau nampak macam ada kedai jual make-up atau ubat, ada harapan itu lah farmasi.

Jangan lupa untuk Google apa kah diapers dalam bahasa mereka, just in case kalau anda cari dalam kedai tapi tak jumpa.

Baca juga –> Tips Cari Diapers di Jepun

Nampak macam banyak belanja. Itu lah lumrah untuk keluarga kami bila travel.

Sesungguhnya hakikatnya kebiasaannya sebelum berlepas, dalam bank kami biasanya ada belanja untuk sehari dua hari sahaja. Tapi somehow, alhamdulillah ya rezeki datang dari arah tak tersangka-sangka.

Masa travel adalah masa untuk kita kenal sebetul-betul kenal, siapa pemberi rezeki yang tak pernah kedekut kepada kita.

Aktifkan Kad Sebelum Berlepas

Oh, sebelum nak cucuk duit di luar negara atau nak berbelanja, pastikan sekurang-kurangnya di airport lagi anda dah aktifkan kad debit dan kad kredit untuk penggunaan di luar negara.

Bila dah aktifkan, baru kad kita boleh digunakan di luar negara.

Sejak kami perasan rate bila cucuk di oversea lagi murah, kami dah tak tukar duit di Malaysia.

Cucuk siap-siap di Jepun, nanti nak pergi lagi, guna duit yang dah siap cucuk 3 bulan lepas.

Lagi satu, kami guna purse besar sebab saiz duit kertas Yen adalah sangat besar.

berapa-banyak-cash-untuk-dibawa-semasa-travel

Purse ini hanya keluar bila nak travel je. Kalau tidak, jenuh nak simpan kat poket mana, besar sangat.

Suka dengan tips ini?

Untuk manfaat kawan-kawan lain yang pertama kali mahu ke luar negara, boleh tolong Share?

Semoga entry ini membantu melancarkan perjalanan travel anda.

Khadeejah Hasmad

Traveller anak 3

Leave a Reply