Pengalaman Bertemu Aurora Ke-4 Hanya Dari Dalam Bilik

Malam semalam kami rasa macam sanggup sikit lah nak berjaga melepasi jam 7 pm (7 pm ini dah macam lewat malam di sini)

Nota : Di sini baru masuk 6:30 am

Hari sebelumnya kami tidur awal.

Mak apak dah mula ‘standby’ di rumah sebelah sambil saya menyusukan baby Hajar dalam bilik, dan suami uruskan anak-anak yang lain.

Syukur sangat-sangat kali ini bilik kami menghadap gunung, jadi saya langsung tak keluar rumah untuk ‘check’ kelibat Aurora.

Biasanya Aurora datang jam 7 malam. Tapi kali ini ia sangat lewat.

Beberapa pelancong dari Singapore turut berkampung depan bilik kami. Mereka sambut ‘Chinese New Year’ di sini barangkali.

Kali ini pelancong yang datang kelihatan ‘well prepared’ berbanding pelancong-pelancong yang kami jumpa pada malam pertama di sini.

Tripod mereka tinggi. Lensa kamera mereka panjang. Tiada yang guna kamera telefon semata-mata. Ada antara mereka dah pernah bertemu aurora rupa-rupanya.

Setelah penat tunggu, mereka pun beredar sekejap nak pergi makan.

Maryam dah mula mengantuk sambil bertanya ‘Bila Aurora nak datang. Dah mengantuk ni.’

Alhamdulillah akhirnya dalam jam 8:40 pm, apak maklumkan Aurora dah makin jelas kelihatan. Ianya dah mula datang.

Ok Maryam, jom ambil gambar buat kenangan.

Saya dalam rumah sedang tidurkan baby Hajar dan Hannah, jadi tak dapat nak sertai ‘family photo’

Suami saya dan apak saya. Suami selalu takda gambar sebab dia saja biasanya tahu nak tekan butang kamera. Tapi sebab mak pun dah pandai cari butang, jadi bagi peluang pada suami juga untuk bergambar kenangan.

Subhanallah

Saya pun mesti tak nak lepaskan peluang nak tengok juga.

Selepas tidurkan baby Hajar, saya terus naik bilik tingkat atas dan jengukkan kepala menerusi tingkap bilik.

Wahhhhh!!!!! Subhanallah!!

Dari atas nampak Aurora merentas dari satu arah ke satu arah yang lain.

Mula-mula nampak macam pelangi, kemudian macam ‘dancing green smoke’. Kemudian ia menyeluruhi seluruh langit. Macam-macam rupa.

Masya-Allah! Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Tak sangka Allah izin jumpa Aurora kali ini tak payah keluar langsung, jenguk saja dari tingkap bilik.

Ada lah saya cuba kot boleh ambil gambar guna kamera telefon. Memang tak nampak apa lah.

Selesai suami ambil gambar di luar, suami masuk dan cuba ambil gambar dari tingkap bilik atas.

Alhamdulillah dapat juga ambil gambar kenangan Hannah dan baby Hajar yang sedang tidur berlatarbelakangkan Aurora.

Satu bersama Hannah. Realitinya bilik ini sebenarnya sedang gelap gelita. Tapi Alhamdulillah ‘setting’ kamera nampak cerah

Satu lagi bersama baby Hajar. Mesti pakai topi sebab kita buka tingkap.

Subhanallah

Selepas semua bergambar, masa untuk ‘me-time’ menghayati Aurora mengkagumi sempurnanya cahaya dari Tuhan

Di hiasi bintang-bintang bertaburan

Allahuakbar

Bebola Aurora

Suka betul kami dengan Lofoten.

Di samping tempatnya yang sangat ‘breathtaking and so picturesque’, Allah juga izin mudah jumpa Aurora beberapa kali dalam tempoh seminggu.

Allahuakbar!

Nanti saya kongsikan ‘review’ penginapan kami yang di sini kami jumpa Aurora sambil duduk dalam kehangatan rumah.

Sesuai sangat untuk kawan-kawan yang teringin nak jumpa Aurora tapi teringin nak bawa bersama anak-anak kecil, juga jenis macam saya tak sanggup rasanya tunggu Aurora dalam kesejukan malam.

“Nothing is impossible.” ❤️

Nota :
Gambar di ambil pada tarikh 7 February 2019. Jam 9:15 pm hingga 10:30 pm.

Lokasi di hotel kabin Anker Brygge, Svolvaer, Lofoten, Norway.

Suhu semasa Aurora datang menurut apps ‘Weather Live’ : -2C, ‘feels like’ -8C

Leave a Reply