Bolehkah Menyusukan Anak Semasa Ibu Tidak Sihat? 

Lumrah manusia, ada masa sihat, tetapi kadangkala diuji juga dengan ujian kesihatan. 

Para ibu pun begitu juga. 

Kadangkala bila demam, boleh jadi demam yang sangat panas. 

Persoalannya, adakah ibu yang tidak sihat ini selamat menyusukan bayi. 

Sesetengah ibu risau jika dia akan membuat bayinya pula mendapat demam seperti dia. 

Boleh atau tidak menyusukan bayi semasa ibu tidak sihat? 
Yang sebenarnya, ibu sangat digalakkan untuk menyusukan anak sewaktu ibu tidak sihat. 

Ini kerana, semasa ibu tidak sihat, seperti contoh, ibu demam, tubuh ibu akan menghasilkan antibodi yang lebih tinggi dari biasa untuk melawan demam. 

Apabila ibu menyusukan bayi, secara tidak langsung, bayi juga akan mendapat antibodi melalui susu ibu. 

Penyusuan semasa ibu tidak sihat juga berpeluang untuk mengelakkan  bayi dari mendapat jangkitan penyakit. 

Virus atau penyakit tidak akan disalurkan melalui susu ibu. 

Namun ibu juga perlu berhati-hati dengan bayi, seperti tidak bersin berhampiran dengan bayi, tidak batuk berhampiran dengan bayi, dan seumpamanya. 

Apabila ubat membuatkan susu ibu merudum

Seboleh yang mungkin minta ubat yang mesra dengan penyusuan susu ibu semasa ibu tidak sihat. 

Jika tiada ubat yang bersesuaian dan ibu terpaksa ambil ubat tersebut, pastikan ibu banyakkan minum air kosong supaya bekalan susu tidak merudum. 

Tambahkan kekerapan penyusuan seperti memerah susu dengan lebih kerap dari biasa. 

Semoga entry ini bermanfaat untuk ibu menyusu 🙂 
Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

Leave a Reply