Sebelum ini kalau saya nak book tiket flight, saya akan buka banyak tab sebab nak check flight mana yang lebih jimat.

Agak makan masa juga. Bayangkan kalau nak fly dalam negeri, maunya kena buka MAS, AirAsia, Malindo, Fireflyz, etc.

cara-cari-tiket-flight-jimat-di-skyscanner

Kalau overseas travel?

Dah lebih dari tu.

Sehingga lah satu hari adik saya yang kaki berjalan satu dunia ajar saya guna SkyScanner.

Wah! Macam jakun saya.

Apa itu SkyScanner?

SkyScanner adalah website yang compare harga semua flight sekaligus. Tak payah kita nak buka tab penerbangan satu persatu.

14 Langkah Cara Cari Flight Jimat Menggunakan Skyscanner

Mari saya cerita detail macam mana nak guna SkyScanner ni.

1/ Masuk www.skyscanner.net

Pilih kita dari airport mana. Contohnya saya dari KLIA, jadi saya taip Kuala Lumpur – nanti dia ada automatik keluar pilihan, saya pilih Kuala Lumpur International Airport

Istanbul tu saya tukar sekejap lagi ke Zurich.

Zurich terletak di Switzerland. Saja nak survey harga.
cara-book-flight-guna-skyscanner

2/ Pilih tarikh pergi dan tarikh balik.

Bila kita tekan pada kotak Depart, dia akan keluar kalendar macam ini. Klik tarikh kita mahu bertolak.

Buat yang sama untuk kotak Return.

cara-book-flight-guna-skyscanner-1

3/ Seterusnya tekan ‘Cabin Class & Traveller’

Di sini kita akan diberi pilihan mahu flight kelas apa.

Saya pilih economy dahulu. Insya-Allah business class incoming.

Adult saya letak 2 untuk kami suami isteri.

Children saya letak 3.

Kemudian kita juga di minta specify umur anak-anak.

Sah-sah lah Hannah tak dapat seat sebab umur bawah 2 tahun.

Ok bila dah selesai semua, tekan butang ‘Search Flight’ warna hijau itu.

cara-book-flight-guna-skyscanner-2

4/ Selepas kita tekan butang ‘Search Flight’, SkyScanner akan bawa kita ke paparan macam ini.

cara-book-flight-guna-skyscanner-3
Mereka sedang check dan compare harga beberapa flight.

Kalau ada 50 flight, maka 50 – 50 itu yang diorang compare.

Tapi oleh kerana kita nak jimat masa, ada baiknya kita set siap-siap kita prefer flight apa dan tak berapa berkenan flight mana, etc.

Mohon tekan sekarang butang ‘Filter’ berwarna biru di atas itu.

5/ Lepas tekan butang ‘Filter’, akan keluar paparan ini.

cara-book-flight-guna-skyscanner-4

Saya terangkan secara ringkas:

#1 : Stops

Kita boleh pilih nak direct flight, atau flight yang transit 1 kali di airport negara lain, atau transit 2 kali di airport negara lain.

Oleh kerana saya memilih untuk ke Zurich di Switzerland yang tiada direct flight dari Malaysia, maka pilihan untuk saya hanya ada dua.

Saya biarkan tick di ‘1 stop’ dan saya untick di ‘2+ stops’ sebab saya tak mahu transit banyak kali.

Penat

#2 : Departure times

Kita prefer flight pukul berapa? Boleh slide slider tersebut.

Saya tak kisah mana-mana.

#3 : Journey duration

Kita boleh pilih kita mahu perjalanan flight kita berapa lama.

Kalau hanya 1 transit dan perjalanan flight adalah lama, ia berkemungkinan kami perlu bermalam di lokasi transit.

Tapi saya tak kisah dan memang look forward to it. Teringin mahu bermalam di Doha atau Istanbul.

6/ Filter airline pilihan anda untuk jimat masa

Scroll sikit lagi ke bawah.

Baiklah. Di sini kita boleh buat pilihan.

Sama ada nak terus pilih kita suka airlines apa, dan untick airline yang kita tak berkenan, atau biar je semua ni ticked, dan kita perlu go through sebanyak 442 pilihan untuk lihat mana berkenan di hati.

cara-cari-tiket-flight-jimat-di-skyscanner
Untuk saya, mula-mula saya interview adik saya yang dah pernah naik pelbagai jenis flight, saya tanya dia flight apa yang dia rasa paling sesuai untuk kami keluarga bersama anak kecil.

Saya tekan ‘Clear All’ dan kemudian tick di kotak airline yang saya prefer, berdasarkan adik ai punya pengalaman.

Cara lain untuk tengok flight mana yang sesuai – Google top 10 best airlines.

7/ Pilihan harga dan penerbangan

Selepas saya buat pilihan semua, saya tekan done, dan SkyScanner akan buat paparan based on apa saya pilih tadi.
cara-cari-tiket-flight-jimat-di-skyscanner

Harga kami 5 beranak dalam RM 11,000

Baiklah. Masa untuk bekerja lebih keras

P.s: Ini adalah harga untuk kami 5 beranak, dan kami pula pilih airlines yang agak premium seperti Qatar Airways.

Anda boleh dapat lebih jimat jika anda tak fussy macam kami.

Tekan di flight pilihan anda.

Saya tekan di Qatar Airways yang pilihan pertama ini sebab kami minat Qatar Airways, dan pilihan pertama adalah pilihan paling jimat.

8/ Detail transit

Lepas klik, dia akan keluar paparan seperti ini.

Untuk tahu kita akan transit di mana, tekan perkataan ‘1 stop’ yang berwarna merah itu.

cara-cari-tiket-flight-jimat-di-skyscanner

 

9/ Perhatikan jangka masa transit

cara-cari-tiket-flight-jimat-di-skyscanner

Wah, akan transit di Doha airport cantik.

Tengok jangka masa 8 jam di Doha.

Plus minus ada lebih kurang 4-5 jam (selepas tolak masa untuk check in airport dan masa untuk tunggu next flight departing)

Dari sini kita dah boleh rancang aktiviti di Doha.

P.s : Untuk transit di Doha, bagi yang menaiki Qatar Airways, kalau 8 jam transit kita boleh tour for free di Doha. Kalau dalam 12 jam, Qatar Airways akan beri free hotel.

Untuk info lanjut tentang transit, boleh click juga:

1/ http://www.qatarairways.com/…/transit-accommodation.page

2/ http://maphappy.org/…/long-layover-ahead-of-you-these…/

Perhatikan pula jangka masa semasa return flight.

cara-cari-tiket-flight-jimat-di-skyscanner

Oh, return transit sekejap sahaja.
Ini kalau nak makan pun, mau kena berlari.

Nampak section ‘Book your ticket’ di bawah sekali?

Tekan butang ‘Read before booking’

10/ Section ‘Read before booking’

Baca dengan teliti section ini.
Jangan ada menyesal if ada apa-apa yang kita tak expect berlaku.

cara-cari-tiket-flight-jimat-di-skyscanner

11/ Pilihan beberapa website, pilih satu

Scroll lagi ke bawah.

Baiklah, ada senarai beberapa website yang tawarkan harga jimat untuk Qatar Airways.

Ada beberapa pilihan.

cara-cari-tiket-flight-jimat-di-skyscanner

Pilhan pertama dari website GotoGate.

Pilihan kedua dari website BudgetAir, etc

Kat bawah tu ada beberapa lagi.

Mari cuba click pilihan pertama. Tekan butang ‘Select’ berwarna hijau.

SkyScanner akan bawa anda ke website GotoGate seperti pilihan pertama anda tadi
SkyScanner akan bawa anda ke website GotoGate seperti pilihan pertama anda tadi

 

14/ Check tarikh, masa dan harga

Paparan ini akan muncul
cara-cari-tiket-flight-jimat-di-skyscanner
Untuk maklumat lebih detail, cuba tekan butang ‘Book’ berwarna hijau.

Selepas tekan butang ‘Book’, anda akan di bawa ke paparan yang lebih detail.

Baca setiap baris.
cara-cari-tiket-flight-jimat-di-skyscanner
Scroll ke bawah untuk confirmkan beberapa preference anda seperti

Akhir sekali, baru proceed to payment.

Kalau kurang berpuas hati dengan GotoGate untuk Qatar Airways, boleh terus masuk ke website Qatar Airways untuk book.

Beza harga biasanya tak sampai RM 1,000.

Selain Skyscanner, anda juga boleh cuba Cheapsflight. Search menggunakan kedua-dua website dan bandingkan harga.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Khadeejah Hasmad
Traveller Anak 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *