Jadual Pam Susu Bagi Ibu Bekerja

Ibu bekerja sering dalam dilema untuk pam susu sewaktu di ofis. Banyak kes susu merudum apabila si ibu mula bekerja kerana payudara tidak di stimulate untuk menghasilkan susu dengan kerap.

Yelah…  Kalau sibuk sangat di ofis, nak pam macam mana? Nak pam mestilah nak kena duduk di bilik khas atau surau, kan?

Sebelum itu, mari ikuti perkongsian kisah Puan Farah yang bekerja tak tentu masa, tapi gigih nak juga kumpul stok susu.

Terlintas di hati saya, hari ini untuk berkongsi Jadual Pam Susu yang khas untuk mereka yang bekerja di ofis (Credit to DuniaSusuIbu).

Jadual ini boleh memudahkan anda untuk track stock susu dan juga berapa yang diminum setiap hari oleh anak anda.

(Link download di akhir entri ini)

Jadual Pam Susu Ibu Bekerja

Jadual Pam Susu Ibu Bekerja

“Kalau terlalu sibuk, macam mana?”

Saya cadangkan ibu yang terlalu sibuk bekerja sampai tiada masa untuk pam, boleh lah melabur sedikit untuk membeli breastpump jenis freestyle seperti Medela Freestyle atau Spectra.

Breastpump jenis freestyle sangat bagus kerana anda boleh melakukan aktiviti pumping di meja sambil membuat kerja ofis. Tak perlu pegang. Tak bising. Sangat portable.

Medela Freestyle

Medela Freestyle

3 Tips Penting Untuk Ibu Menyusu Di Pejabat

1. Fahami Konsep Supply = Demand

Lagi banyak demand susu dari payudara, lagi banyak tubuh kita akan menghasilkan (supply) susu. Kalau di rumah, baby akan demand secara semulajadi.

Jadi kalau di tempat kerja, kita yang perlu merangsang sendiri penghasilan susu mengikut waktu yang kita rasa sesuai. Pastikan selang masa untuk setiap aktiviti pumping adalah sekitar 2-3 jam, dan setiap sesi selama 15 ke 20 minit atau sehingga payudara betul-betul kosong.

2. Pastikan Emosi Tenang 

Bila fikiran tenang dan relax, barulah susu boleh mengalir dengan lancar. Kalau susah sangat susu nak keluar, cuba tatap gambar anak anda atau record & dengar suara anak anda sewaktu mengepam susu.

Perkara-perkara seperti ini boleh membantu merangsang tubuh kita untuk menghasilkan susu.

3. Pam Ikut Rutin Harian Anak Anda

Seboleh mungkin, cuba adjust jadual pam susu anda untuk mengikut rutin anak anda semasa dalam pantang.

Kalau dalam pantang baby minta susu jam 730 pagi, jadi seeloknya di tempat kerja pun, kita pam jam 730 pagi. Sebabnya payudara dah ‘dijadualkan’ untuk menghasilkan susu ikut jadual baby. Kalau tak ikut, lama- lama susu boleh berkurang.

Apapun, jangan risau. Bila dah masuk tempat kerja, kita boleh reset jadual untuk payudara hasilkan susu. Ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri.

Pada waktu malam, anda digalakkan untuk pam sambil melakukan direct feeding (sebelah pam, sebelah breastfeed). Waktu ini adalah waktu anda paling tenang, jadi susu boleh flow dengan banyak.

Semoga tips & panduan ringkas ini berguna untuk anda!

Download Contoh Jadual Pam Susu

Softcopy dalam format Excel untuk Jadual Pam Susu di atas boleh di download di sini.

Ini hanya sebagai panduan, anda boleh sesuaikan ikut keadaan anda.

Ya, saya percaya you can make it!

P.s. – Tercari-cari supplement untuk bantu anda banyakkan susu tetapi tetap kekal cergas bertenaga? Klik link untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee.

set penyusuan shaklee

Set yang telah membantu banyakkan susu ribuan ibu

Happy Breastfeeding!

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply