Lofoten : Aurora Pertama Bersama 4 Anak

Sebelum ini, saya sering terbayang, kalau nak tengok cahaya aurora ini tempat mesti kena sangat gelap, mesti terpencil, dan suhu kena ekstrem sejuk.

Tapi mampu kah anak-anak bertahan nak ke tempat sedemikian? Saya sendiri tak tentu mampu.

Tak mengapa lah, tak jumpa pun tak apa. Kalau jumpa itu bonus lah.

Tapi saya pasang jua impian, semoga boleh lah jumpa aurora ini bersama suami, anak-anak dan mak apak tanpa apa-apa ‘aurora hunting’.

Mesti lah nak berimpian juga kan, walaupun bunyi macam mustahil.

Saya juga bayangkan dalam minda, konon-konon apa perasaan saya bila jumpa aurora.

Tutup mata dan cuba bayangkan seolah-olah sedang lihat cahaya aurora di langit hitam ditaburi bintang, saya cuba cari dan bayangkan perasaan itu.

Malam semalam, setelah habis anak-anak main salji kami masuk bilik untuk rehat sebentar.

Tak lama selepas itu Maryam bersungguh ajak sambung lagi main salji. Muhammad pun dah keletihan tak larat nak layan sebenarnya.

Tapi oleh kerana kasihan tengok Maryam bersungguh, saya pun pujuk lah suami untuk temankan anak-anak main, cakap sementara itu tengok lah kot-kot ada cahaya aurora datang.

Kami langsung tak jangka apa-apa.

Mana lah pernah kami dengar kisah orang jumpa aurora semudah ‘sambil teman anak-anak main salji sambil jumpa aurora’ 💁‍♀️

Itu namanya macam jangkaan mengada-ngada 😅

Setelah selesai solat, suami pun siapkan anak-anak dan teman mereka bermain di luar. Saya dah agak letih dan dah nak tidur saja masa ini.

Saya tak temankan anak-anak sebab ala-ala siang tadi ‘shift’ saya, jadi malam ini ‘shift’ suami jaga anak-anak.

Sambil susukan baby Hajar, sambil saya cari kot ada warga Lofoten bercerita tentang aurora atau petanda malam ini. Resepsi hotel ada maklumkan yang malam sebelum ini aurora muncul tepi kabin hotel.

‘Seriously, we didn’t put much or any expectation.’

Tiba-tiba sedang saya susukan baby Hajar dalam bilik, suami maklumkan yang dia nampak cahaya aurora macam dah nak muncul.

Haaaa? Biar betul?

Tapi saya tak minta pengesahan apa-apa, terus saya sarung telekung tak sempat sarung shawl 😂

Lagipun baby Hajar sangat tak boleh kena letak atau orang lain pegang, nanti terus menangis. Mak dia pakai jaket pun sambil dokong dia.

Datangnya cahaya aurora ini jarang berlaku orang kata. Memang lah kawasan ini kerap, tapi kita tak pernah tahu ‘our luck’ sama ada jumpa atau tidak. ‘Slightest light’ pun saya mesti nak tengok ciptaan Tuhan ini.

Keluar sahaja dari bilik saya tengok suami sedang ‘setting camera’, eh, mana?

Saya nampak jalur warna putih sedang menghiasi langit membuatkan gunung tampak berkalung, yang itu ke?

Suami tunjuk kan di monitor kamera, pabila kamera suluh pada jalur tersebut, terus nampak warna sebenar aurora – Hijau!

Antara gambar-gambar pertama

Ya Allah!!!!! Is this for real? 😭😭😭😭😭

Aurora sedang masuk kawasan kami. Cahayanya semakin nampak. Ramai pelancong dah mula ‘flock our spot’

Dan ya, waktu ini anak-anak masih sedang main salji. Oh Allah… Subhanallah.. 😭😭😭 Impian mengada-ngada ku itu Engkau makbulkan..

Betul-betul masa teman anak-anak main salji, Engkau izin kami bertemu cahaya aurora ciptaan-Mu ini. Sungguh ini namanya tumpang rezeki anak-anak.

Tapi waktu ini Maryam dan Hannah dah betul-betul letih. Nak masuk tidur dah.

Maryam dah nak tidur

Oleh kerana suami pun dah kesejukan sebab nak ‘setup camera’ kena cuba banyak ‘spot’ dan duduk diam lama-lama, suami pun nak masuk.

Dia tolong untuk tidurkan dan temankan Maryam dan Hannah sambil bagitau saya, “Kalau nak ambil gambar, tekan saja kamera ini.”

Dia dah siap ‘setup’.

Jadi saya pun ajak lah Muhammad dan apak saya jadi model.

Haah saya tekan saja kamera itu 😂

Tapi kena pastikan kamera berdiri atas tripod. Subjek iaitu Muhammad dan apak langsung tak boleh bergerak sebab kamera nak mencerap cahaya. Kalau gerak, gambar nampak goyang.

Tunggu 1-3 minit rasanya, kemudian baru selesai.

Syukur lah juga cuaca tak berapa sejuk, dalam -1C atau -3C saja. Nak jadi patung pun boleh.

Penat lah jadi patung, bila nak habis ‘camera processing’. Haha

Minta Muhammad berhenti sekejap. Lepas tu sambung angkut salji dan ais.

Baby Hajar (8 bulan) sedang tidur dalam ErgoBaby

Setelah puas bergambar bersama aurora siap posing bersama baby Hajar (haha), saya dah rasa nak masuk.

Muhammad masa ini masih sakan main salji dan ais.

Alang-alang nak masuk bilik, saya nak pass lah kamera pada apak, mana tahu ada cahaya lebih cerah muncul.

Tapi sebelum pass, saya kena demo sedikit lah cara guna kamera.

Tiba-tiba apak cakap, “Eh, kita pergi tempat gelap sikit lah untuk ambil gambar.”

Jadi kami pun pergi lah di belakang resepsi hotel. Dekat saja dengan bilik.

Tiba-tiba, bagai tak percaya mata saya, muncul balam-balam jalur hijau tebal yang sangat-sangat terang, kau tak payah guna kamera pun, nampak hijau ungu itu 😭😭😭😭😭

Subhanallah Subhanallah Subhanallah!!

Masa ini lah baru saya faham kenapa orang selalu sebut ‘the Aurora is dancing’

Ya, ia betul-betul menari 😭😭😭

Tapi alahai tekan kamera tak jadi pula kali ini. Cepat-cepat saya balik bilik minta suami tengokkan, kira tukar ‘shift’ lah. Saya tidurkan Maryam dan Hannah, suami tolong ambilkan gambar.

Lagipun saya nak sangat suami pun dapat tengok cahaya versi cerah itu. Pada saya apa lah erti impian jika tak dikongsi dengan yang tersayang.

Masuk bilik, saya dah tak boleh tengok ke luar sebab kalau dari dalam kabin tak nampak.

Tapi selang beberapa minit saya jenguk juga lah ke luar pintu, teruja! Oh, cahaya terang itu dah lari. Ianya duduk di balik gunung. Gunung nampak sangat bercahaya.

Subhanallah

Subhanallah cantiknya. Ini mak apak saya.

Mak memang dah lama letak Aurora sebagai wallpaper hp. Alhamdulillah dah boleh letak gambar sendiri ‘real’ bersama Aurora

Subhanallah memang teruja sangat-sangat.

Tak tahu lah hari ini dan seterusnya dapat tengok lagi ke tidak.

Tapi malam semalam rupa-rupanya apak sambung keluar nak tengok cahaya aurora. Kami dah mengantuk sangat dan kena teman anak-anak tidur.

Mengagumkan sangat tengok gambar apak yang menggunakan kamera telefon. Makin gelap langit, makin ia terang dan makin ia menari.

Subhanallah!

Semoga kami jumpa lagi lah cahaya aurora versi terang itu untuk Maryam dan Hannah pula tengok, versi mereka tak minta masuk tidur 😅

Leave a Reply