Perkembangan Anak Kecil – Utamakan Kemahiran Survival?

Perjalanan guide Muhammad membaca adalah pelbagai.

Saya sampai naik risau kena hantar pergi tuisyen ke untuk ajar Muhammad membaca.

Tapi dek kerana tercabar dengan mak yang ajar sendiri saya membaca, saya usaha lagi.

Tahun-tahun yang lepas saya pernah jadi raksasa masa mengajar.

Garang.

Tetapi saya sendiri stress.

Sehingga akhirnya saya belajar tentang perkembangan anak-anak.

Setiap anak kecil mempunyai perkembangan tersendiri.

Sepatutnya akademik bukan perkara pertama yang perlu dititikberatkan.

Panjat pokok untuk activate segala sel dan tenaga dalam badan. Biasanya Muhammad lepas puas berpeluh main, baru datang mood nak membaca

Belajar dari masyarakat Jepun

Kami beberapa kali diberi peluang oleh Allah untuk melancong ke Jepun.

P.s : Bukan petik jari nak melancong ini, kena kerja keras juga, termasuk usahakan bisnes Shaklee untuk kumpul duit nak ke sana.

Kami dapati masyarakat Jepun sangat pembersih. Attitude ini dari budak kecil sampai ke warga emas memang pembersih.

Sebab itu kalau datang Jepun, memang negara mereka sangat bersih walaupun tiada langsung tong sampah di tepi jalan.

Kami dapati yang, semasa usia tadika, anak-anak orang Jepun di ajar untuk mop lantai beramai-ramai sebelum masuk kelas.

Mereka buat dalam keadaan yang seronok.

Bila sikap ini di latih sejak kecil, pergi mana pun, mesti lekat habit yang sama. Tak perlu dah kempen mahal-mahal atau sistem mahal-mahal untuk urusan pembuangan sampah.

Dari rumah lagi anak telah ‘dikempenkan’, jadi jimat belanja besar di masa depan berkaitan dengan sampah.

Akademik penentu survival?

Jika anak tidak belajar akademik semasa usia muda bawah 7 tahun, macam mana mereka mahu pandai?

Saya pernah terfikir persoalan ini.

Zaman saya boleh je survive. Tapi zaman anak saya – kalau boleh mak ayah nak anak lahir je dah pandai baca buku.

Dulu saya teruja. Tetapi lama-kelamaan saya rasakan agak ekstreme suruh anak hafal ABC dan membaca di usia muda.

Budak yang dikatakan genius di zaman saya – yang usia belasan tahun dah boleh masuk universiti, tak lah dengar jadi billionaire pun. *kata-kata jealous*

Tetapi at one point saya sangat kagum dengan figure-figure yang pendidikan tak tinggi mana, ada yang sekolah sampai SPM sahaja tetapi berjaya miliki berpuluh hartanah dan aset yang mungkin hari ini dah bernilai jutaan ringgit.

Akademik itu penting, tetapi ada yang lebih penting dari akademik.

Apa dia? Teruskan membaca.

Rahsia Bangsa Yahudi Bijak

Baru-baru ini saya ikuti talk kumpulan doktor pakar perkembangan anak-anak di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Agak mengejutkan saya dan pada masa yang sama perkongsian mereka membuatkan saya lega dan bertambah teguh dengan prinsip kami membesarkan anak-anak.

Menurut Dr Mastura dari UIA yang telah buat banyak kajian berkaitan perkembangan anak-anak, kita selalu tengok bangsa Yahudi sebagai bangsa yang hebat dan berjaya.

Tetapi kita lupa mahu lihat bagaimana mereka membesarkan anak mereka.

Bermain adalah proses anak belajar yang sebenarnya

Anak mereka sejak usia bayi akan dibiarkan main sendiri dengan nature.

Ini kerana dengan cara anak bermain, banyak anak boleh belajar dan observe.

Contohnya anak yang sedang merangkak dan kutip barang.

Anak tersebut sebenarnya sedang mengasah kemahiran menganalisa dan memahami sifat sesuatu objek.

Bila masuk dalam mulut rasa apa, jadi apa.

Kemudian eksperimen pula dengan cara baling cawan atau air.

Kalau baling dekat, jadi apa.

Kalau baling jauh, jadi macam mana.

Kemahiran anak berfikir sedang berkembang.

Anak yang bermain juga sebenarnya sedang mengasah kemahiran menyelesaikan masalah.

Sebagai contoh, anak tumpahkan air. Biarkan.

Biar anak fikir sendiri bagaimana caranya untuk selesaikan air yang tertumpah.

Ia membantu mereka berfikiran kreatif.

The Next Level

Apabila setiap hari anak mereka bermain dengan alam persekitaran, belajar mengasah kemahiran menganalisa objek dan event, lama-kelamaan anak mereka akan mahir menganalisa perkara yang lebih besar dan kompleks.

Suatu hari, bila si bapa Yahudi dapati anaknya semakin mahir menganalisa, beliau berkata, “Smith, hari ini ayah mahu kamu ke rumah Jacob untuk belajar tentang Jacob.”

Maka Smith pun pergi ke rumah Pakcik Jacob.

Agaknya Smith boleh atau tidak belajar untuk memahami Pakcik Jacob.

Ya, boleh. Ini kerana beliau telah pun acquire kemahiran menganalisa sejak beliau kecil lagi.

Smith ke rumah Pakcik Jacob dan belajar apa Pakcik Jacob suka, warna kegemaran, makan gaya apa dan sebagainya.

Bila balik rumah, bapa Smith akan bertanya apa yang Smith belajar tentang Pakcik Jacob.

Pasti Smith dapat huraikan dengan panjang lebar, betul?

Bila ujian menganalisa individu telah berjaya, baru lah mereka akan minta generasi muda untuk belajar pula tentang orang muslim, ekonomi dan sebagainya.

Oleh kerana anak mereka telah pun mahir tak perlu di ajar dalam bab analisa dan berfikir, jadi bila anak mereka membesar, ia amat mudah untuk generasi muda Yahudi untuk takluki ekonomi dunia.

Bukan kerana pandai bab akademik semata-mata, tetapi mahir bab analisa, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran untuk berfikir.

Akademik boleh diajar pada bila-bila masa anak bersedia. Bab kemahiran itu yang perlu di asah dan dijadikan habit sejak usia bayi.

Tak susah pun nak asah – just let them play with the nature.

Macam Muhammad, dah masuk umur 7 tahun baru nak belajar membaca.

Kami mulakan dengan bahasa english sebab kami kerap travel. Agak sayang jika semasa travel untuk kesekian kalinya Muhammad masih tak boleh membaca.

Tetapi walaupun Muhammad baru nak belajar membaca, sekali baca progress beliau laju yang amat.

Bila anak dah bersedia, tak perlu paksa, anak pasti pandai sendiri.

Tak sangka saya.

Jadi kalau anda sedang membesarkan anak dan anak baru berusia 4-5 tahun, usah gelisah kalau anak belum pandai membaca.

Benarkan mereka bermain sebanyak-banyaknya sebab bermain adalah lebih penting di usia mereka untuk survival semasa meningkat ke alam dewasa nanti.

Sebenarnya nak cerita pasal beli satu set buku Peter and Jane. Nanti lah next entry ya.

Khadeejah Hasmad

Shaklee ID : 858755

Leave a Reply