Health - Breastfeeding

3 Cara Relaktasi Susu Ibu

Ada ramai ibu tanya kepada saya, saya dah lama berhenti breastfeeding, boleh lagi ke kalau nak start semula? Atau, soalan berbunyi,saya tak pernah hamil, boleh tak kalau saya nak menyusukan bayi? Soalan yang berbeza, tapi konsep lebih kurang sama- RELAKTASI SUSU IBU.

Atau kata mudahnya, nak up kan semula susu yang dah kering, atau nak wujudkan susu yang tak pernah ada.

Tips #1 : Kita Wanita

Pertama sekali, kita perlu tahu, kita adalah wanita 🙂

Wanita ni dilengkapkan dengan pelbagai hormon khas untuk menghasilkan susu, termasuk hormon oxytocin dan hormon prolaktin. Sebab kalau ubat perangsang susu atau supplement banyakkan susu, kalau kaum lelaki ambil, diorang tetap tak akan hasilkan susu, sebab lelaki tiada hormon oxytocin dan prolaktin.

20130513-122158.jpg

Tips #2 : Fahami Proses Payudara Hasilkan Susu

Kedua, kita perlu faham cara manual payudara hasilkan susu. Bagaimana payudara hasilkan susu?

Ia bukan semudah bayi hisap pertama kali, terus keluar susu. Tidak. Payudara perlukan rangsangan berterusan untuk hasilkan susu. Bayi perlu kerap hisap, dan sekali hisap tu perlu hisap lama. Lagi lama lagi bagus.

Sebab tu sentiasa saya ulangkan kepada ibu menyusu, nak susu banyak, kena kerap perah atau pam.

Perah tapi susu sikit? Tak mengapa.

JANGAN PUTUS ASA. Jangan berhenti di tengah jalan. Ia nya normal.

Tiada manis dalam kejayaan jika belum ada kesusahan. Ye tak? Paling ideal dan paling bagus, perah setiap satu jam atau dua jam sekali. Sebelah payudara pam MINIMUM 20 minit sekali.

Tips #3 : Supplement Set Penyusuan Shaklee

Ketiga, ibu-ibu sering juga bertanya, adakah supplement boleh membantu?

Jawapan saya, ya, JIKA, anda pam dengan kerap, anda tak skip makan nasi berlauk, dan anda minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi.

Supplement ni adalah makanan tambahan. Kurma, susu, longan kering, ikan pekasam adalah supplement.

Set Penyusuan Shaklee pun merupakan supplement. Sesetengah orang, dah pulun makan kurma dan longan kering pun, susu masih drop.

Kemungkinan besar tubuh kita kekurangan zat dan nutrisi, sebab itu lah sistem badan yang bekerja untuk hasilkan susu tak dapat hasilkan banyak susu. Itu juga lah merupakan salah satu sebab Set Penyusuan Shaklee diperkenalkan iaitu untuk melengkapkan kekurangan zat dan nutrisi tubuh kita.

cara banyakkan semula susu ibu
Set Penyusuan Susu Ibu Yang Telah Membantu Ramai Ibu

Akhir kalam, anda pasti boleh menyusukan bayi walaupun dah lama berhenti. Kena kuat semangat sikit 😉 Yeahhh you can do it momma!!

P.s : Berminat Mahu Dapatkan Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan Shaklee telah membantu merangsang penghasilan susu yang meriah dan pekat untuk ramai ibu menyusu.

Ia turut membantu saya secara peribadi untuk bertenaga dan cergas walaupun aktif menyusukan anak.

Untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee, anda boleh hubungi saya di :

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/Whatsapp : 019 477 3457
(Atau klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60194773457)
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malcare WordPress Security