Restoran Halal 10 Minit Jalan Kaki Dari Eiffel Tower

Waktu kami rangka itinerari, kami di jangka sampai Paris hampir jam 12 tengahari. Tapi waktu ini masih belum boleh check in apartment.

Jadi saya cari dulu tempat makan halal berdekatan Eiffel Tower. Alhamdulillah restoran tersebut bukan sahaja dekat, malahan agak reasonable price walaupun tampak eksklusif.

Nama restoran tersebut adalah New Jawad Restaurant. Boleh waze. Dari Eiffel Tower lebih kurang 10 minit jalan kaki.

Pandangan dari luar. Gambar dari website thefork.com

Harganya boleh dikatakan murah sebab bila Google restoran halal yang lain, per serving minima 20-25 Euro. Di New Jawad, kalau tak salah harga nasi dalam 2-3 Euro sahaja (banyak macam portion untuk 2 orang makan) dan harga lauk dalam bawah 10 Euro.

Yang penting, Alhamdulillah makanannya sedap-sedap dan restoran ini sangat mengalu-alukan anak-anak kecil.

Makanan yang tak boleh miss adalah :

  • Keema Naan – ia adalah roti naan yang dalamnya ada daging. Memang kenyang makan dia saja.
  • Briyani Lamb – Dalam briyani ada kambing. Sedap. (Tak semua briyani lamb sedap tau)
  • Prawn curry – Saya suka rasa kuah dia penuh lemak. Sesuai makan dengan roti naan.
  • Lentil dhaal – Saya tak rasa tapi mak, apak dan suami saya cakap sedap.

Mak saya order nasi putih. Satu hidangan mak kongsi dengan apak sebab banyak sangat.

Ingatkan nak ambil gambar bila makanan dah sampai. Sudahnya sebab lapar sangat, terus ngap. Memang puas hati.

Semoga perkongsian ini membantu kawan-kawan muslim yang bakal ke Eiffel Tower, Paris. Ikuti Facebook saya di hashtag #deejatravelstories

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malcare WordPress Security