9 Tips Mujarab Sembuhkan Nipple Cracked Yang Anda Pasti Nak Cuba

Assalamua’laikum dan Salam 13 Syawal  ! ❤

Seperti mana yang dijanjikan kepada anda dalam entry yang lepas http://temp.diaryofmuhammad.com/8-punca-nipple-crackedputing-merekah/

Kali ini saya akan kongsikan pulak beberapa tips yang mujarab untuk sembuhkan nipple cracked. Insya-Allah.

Tips #1: Bra Free

Untuk sementara waktu, kerap anginkan breast anda dengan tidak memakai bra. Sebab untuk kurangkan pergeseran dengan bra dan untuk bagi cepat sembuh. Jadi waktu kena kerap stay dalam bilik je la. Hehe.

Seeloknya dilakukan selepas sapu krim atau apa-apa cara yang saya akan cadangkan di bawah ya. Teruskan membaca ya. ?

Tips #2: Perah

Kalau boleh rehatkan untuk sementara waktu untuk breast yang nipple crack tu. Tapi pastikan anda perah dengan tangan bukan dengan pam susu untuk elakkan beri tekanan lagi kepada breast anda.

Tujuan perah juga nak elakkan bengkak susu. Boleh bayang tak nipple crack + bengkak susu = double derita ? . In case kalau jadi bengkak susu jugak sebab skip sesi perahan, boleh follow tips dekat http://temp.diaryofmuhammad.com/cara-atasi-bengkak-susu/

Tips #3: Susu Ibu

Subhanallah, ajaibkan susu ibu? Anda boleh picitkan susu ibu dan sapukan dekat tempat nipple crack. Buat lah dengan kerap sampai sembuh. Takyah bawak keluaq duit sekupang pun tau.?

Tips #4: Minyak

Anda boleh cuba sama minyak gamat, minyak zaitun atau baby oil. Paling murah boleh letak minyak gamat,sapu dan keringkan. Sure semua tahu kehebatan gamat untuk sembuhkan luka. Cuma bau tu yang tak berapa nak boleh tahan. Hehe.

Tips #5: Madu

Boleh jugak cuba sapu makanan sunnah yang sangat hebat manfaatnya.

Tips #6: Krim Sapuan

Pilihan krim sapuan ni sangatlah banyak dijual kat farmasi. Tapi kalau boleh beli yang tak perlu dibasuh selepas diguna. Normally, harga bawah RM50 saja kalau tak salah. Taklah mahal mana. Demi nak sembuhkan nipple cracked itu.

Jenama-jenama krim di bawah diberikan sebab telah menerima banyak positive feedback daripada pengguna. Camna ai tau? Of koz hasil daripada blogwalking. Hehe. Jadi, pepandailah uolls nak beli yang mana ya.
tips ubati nipple crack 6

tips ubati nipple crack 5tips ubati nipple crack 1tips ubati nipple crack 2tips ubati nipple crack 3

tips ubati nipple crack 4Tips #7: Lekapan dan Kedudukan Penyusuan

Pastikan bayi anda WAJIB melekap dengan sempurna. Selain tu, ada juga ibu suruh cuba tukar posisi semasa penyusuan. Supaya bayi takdelah hisap dekat exactly tempat luka yang sama. Logik juga tu. Boleh cuba.

Tips #8: Supplement Semulajadi

Haa, shaklee pun ada tau supplement untuk nipple cracked. Positive feedback pun banyak. Antara pilihan yang ada Vitamin E, Vitamin C, Zinc, ESP dan juga Herbal Blend.

Mak aih banyaknya ! Jangan risau, boleh whatsapp ai cecepat untuk dapat konsultasi supplement mana yang sesuai dengan situasi anda. Dan juga bajet anda. ?

Tips #9: Doa

Ingat ya. Segala tips yang dikongsi di atas, hanya ikhtiar dan usaha semata-mata. Allah juga Maha Penyembuh. Doa banyak-banyak. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Kepada yang tengah menahan pedih dan sakit nipple cracked punya pasal, saya doakan semoga cepat sembuh. Semoga anda sabar dan kuat ! ?

 

Anda berminat untuk order Shaklee? Hubungi saya

admin-ajax.php

 

 

 

 

 

2 Comments

  1. Riza Afzan Asri 5 August 2015
  2. Mr Sync 6 August 2015

Leave a Reply