Tips Pujuk Anak Tidur Di Bilik Sendiri Tanpa Dipaksa

Sebelum ini Muhammad pernah tidur di bilik sendiri, tapi lepas pindah rumah sambung tidur bersama kami sebab bilik dia belum habis letak barang.

Bila dah lama sikit nak minta Muhammad tidur sendiri, dia dah tak boleh. Mesti kena tidur dengan Abi. Atau kadangkala tidur dengan Maryam.

Tapi kan ikut hukum, anak dah membesar kena pisahkan tempat tidur iaitu anak lelaki tak boleh tidur dengan anak perempuan, dan anak-anak tak boleh tidur bersama ibu bapa.

Langsir Corak Cars

Baru-baru ini kami tempah langsir untuk satu rumah. Langsir bilik Muhammad letak cartoon Car, sebab dia memang suka baca buku Car ini. Dia pun sebagai budak lelaki memang suka permainan kereta.

Alhamdulillah Muhammad sangat excited bila tengok langsir baru bilik beliau. Siap offer diri nak tidur sendiri.

Dan saya tak sangka betul-betul dia tidur seorang diri dalam bilik tersebut tanpa minta siapa-siapa teman.

Alhamdulillah syukur.

Seronok dengan Cars

Dah besar anakku ini.

Jadi kalau nak pujuk anak tidur di bilik sendiri, kita sediakan bilik mereka dengan perhiasan kegemaran mereka.

Insya-Allah next nak cari cadar Cars pula.

Semoga bermanfaat untuk anda 🙂

Leave a Reply