Tips Untuk Banyakkan Semula Susu Ibu Yang Mula Drop

Semalam ada seorang ibu yang susah hati Whatsapp kepada saya masalah beliau.

Stok susu makin sikit, pengasuh dan suami pulak tak habis-habis cakap beli formula milk.

Baby makan banyak, menyusu pun makin kerap, pengasuh kata anak macam tak kenyang.

Pengasuh ni punnnn

image

Soal selidik

Sebelum membuat konklusi atau memberi solusi, saya tanya dulu sama ada baby dah mula solid atau belum

Kekerapan pam macam mana

Ada buat power pumping tak

Kesimpulan dari perbualan kami semalam

Kekerapan pam sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting.

Kalau perlu dapatkan pam versi freestyle, by all means, kumpul lah duit dan dapatkan satu

Adik saya guna Medela yang apa tah, harga tak sampai seribu, beli kat Ajasu My BreastPump Shop

Adik saya cakap pam tu jenis senyap, kalau nak pam dalam kelas pun, boleh.

Adik saya masih belajar di UIA, dia yang masih belajar kena attend lecture pun boleh pam, insya-Allah ibu-ibu bekerja di ofis yang ada cubicle sendiri, pasti lebih dari boleh.

Sediakan masa untuk pam

Kalau tak boleh sangat, ambil lah masa pagi sebelum bertolak ke tempat kerja, masa lunch hour (tapau makanan lunch), dan masa sebelum bertolak pulang ke rumah.

Bila kita kerap perah susu, lebih banyak susu akan terhasil. Supply hanya akan banyak jika demand pun banyak

Nota: Jemput baca entry saya berkenaan Rahsia Banyakkan Susu Yang Bukan Lagi Rahsia untuk memahami kenapa kena kerap pam susu untuk hasil susu yang banyak

Rajin power pumping

Rajin-rajin kan diri untuk power pumping.

Tapi jangan pula buat di siang hari.

Power pumping bertujuan untuk bantu rangsang lebih banyak susu ibu. Dan sebaiknya di buat di tengah malam sebab waktu malam ibu kurang stress.

Bila kurang stress, susu lebih mudah terangsang dengan meriah.

Nota: Jemput baca entry saya Power Pumping untuk belajar teknik power pumping yang berkesan

Supplement penyusuan

Supplement hanya boleh diambil sekiranya ibu dah kerap pam susu dan rajin pula power pumping

Antara supplement yang biasa kita cadangkan termasuklah ESP, Alfalfa dan Ostematrix.

Atau anda boleh maklumkan bajet anda, saya akan cadangkan Set yang bersesuaian.

Tapi biasanya saya akan cadangkan paling minima untuk cuba Alfalfa dan ESP, total hanya RM 213 untuk kegunaan sehingga 2 bulan, atau

Ostematrix dan ESP Total hanya RM 221 untuk kegunaan sehingga 2 bulan.

Harga tertera termasuk kos Poslaju 😀

Moga perkongsian saya membantu ibu-ibu yang turut mengalami masalah yang sama.

Jangan susah hati, anda pasti berjaya susukan anak sehingga 2 tahun 😀

Kuatkan semangat! Chaiyokkk!!

admin-ajax.php

2 Comments

  1. faezah 7 October 2016
    • Khadeejah Hasmad 7 October 2016

Leave a Reply